sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 3 Januari 2014

Cinnamon Roll

Sudah sekian lama tak update blog masakan.Kali terakhir awal bulan Oktober 2013..dah masuk 3 bulan. Bukan bermakna saya tidak memasak tetapi bila cuti sekolah macam terkejar-kejar. Kelam-kabut setiap hari. Menjadi ibu dan ibu rumahtangga. Apa-apa pun, gambar masakan masih tersimpan elok dalam folder..In shaa Allah akan dimasukkan ke dalam blog ni...pelan-pelan...
Dr Fouziah Mohd
 Hari ini punya masakan pula lain cerita... kuih masih panas-panas lagi dah update blog.  Terfikir utk taip di fb resepi yang diminta seorang rakan tapi bila kena taip 2 kali ... usihhh...alang-alang..terus tulis di blog..selesai. Angin rajin mendatang tanpa dapat dibendung...pagi tadi siapkan kuih ropal/lipat dan karipap..tengah hari masak ayam singgang + ulam-ulam + sambal dan petang cinnamon roll...Agaknya azam baru 2014 atau mungkinkah rajin sebab esok ulang tahun kelahiran saya yang ke 40+++++++++++
Berbalik kepada cerita asal...kuih ni memang kegemaran saya semenjak dulu.  Setelah membelek resepi sana-sini terjumpalah satu resepi daripada Azie Kitchen. Salin resepi dan ubah sana-sini..ini bahan-bahannya
3 1/2 cawan tepung superfine- tepung halus-->kalau nak guna tepung gandum biasa pun ok
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
11 g yis/ 1 paket
1/4 cawan air
3/4 cawan susu segar ( saya guna susu tepung 2 sb + air)
1/4 cawan butter
1 biji telur

Filling
1 1/4 cawan gula- kalau nak guna gula perang lagi cantik...
1 1/2 sb serbuk kulit kayu manis- kalau nak kurangkan pun boleh-- saya gemarkan bau yg wangi...
1/2 cawan marjerin
3/4 cawan kismis
Cara
- Panaskan susu sehingga sedikit berbuih-jgn mengelegak
- Matikan api dan masukkan marjerin dan kacau sehingga cair.
- Biarkan suam.
- Gaul bahan kering iaitu -  2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam sehingga rata.
- Masukkan air, bancuhan susu dan marjerin tadi - gaul sebati
- Tambahkan tepung gandum yang selebihnya sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan dan bekas.  Kalau perlu boleh tambahkan sedikit lagi tepung gandum.
- Uli selama 10 minit- atau sehingga licin.
- Rehatkan doh yang diuli selama 15 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Sementara itu bolehlah sediakan filling/inti-  gaulkan gula, marjerin dan serbuk kulit kayu manis
 - Tabur tepung  dan canai doh menjadi segiempat sama- - - - Saya bahagi doh kepada 2 bahagian- utk 2 loyang  8 inci
-  Sapukan filling tadi dan tabur kismis.
- Gulung dan gunakan air untuk melekatkan bahagian tepi doh.
- Potong mengikut saiz yang dikehendaki- saya potong terlalu tebal--> 1 inci..yang dijual lebih nipis
- Biarkan kembang 2 kali ganda

Dr Fouziah Mohd
- Sapu marjerin cair pada roll sebelum bakar 
Dr Fouziah Mohd
- Bakar pada suhu 160 selama 25 minit
- bila dah keluarkan sapu dengan marjerin sekali lagi
*** Lupa ambil gambar langkah demi langkah..In shaa Allah.. lain kali
*** laju aja suami dan anak-anak makan--- hanya 3 ketul utk Miha..
*** Sedap dimakan panas-panas.
*** Kepada Adik Sal....Selamat mencuba, post gambar kpd akak nanti yer..





Tiada ulasan: