sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 12 Julai 2013

AYAM HITAM MANIS

Masakan saya hari ini ialah  Ayam Hitam Manis ini disediakan oleh si Hitam Manis ... ( eheeemmm...sayalah tu... bukan hitam legam yer...).

Dr Fouziah Mohd

Langkah Pertama....mari menyanyi
Hayatilah lirik lagu ni sebelum memasak. Tak nak cerita panjang hari ni...

Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu

Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Paras mu cantik buat hatiku
Siang dan malam selalu kurindu

Di waktu bulan terang cuaca…
Ku pejam mata tapi tak lena
Yang hitam manis datang menjelma
Yang hitam manis datang menjelma
Kenangan yang menggoda
Aku teringat pandang pertama
Aku teringat pandang pertama
(lirik oleh Emilia Contessa) 

Langkah ke 2... mari memasak sambil menyanyi

500 g isi ayam
1/4 cawan kicap lemak
2 sudu kicap pekat
6 sudu besar gula perang
2 sudu besar serbuk rempah rendang Adabi
2 st garam
3 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar sos cili
lidi/pencucuk satay
perap ayam yang telah dipotong kecil dengan semua bahan perapan (jika suka saiz agak besar..pun boleh...)
perap sekurang-kurangnya selama 4 jam.(biar meresap elok...)
cucuk isi ayam seperti satay dan bakar sehingga masak.
saya bakar dalam oven.

Semestinya tidak mengecewakan.
Ayamnya hitam dan ada rasa manis... adik manissss bolehlah cuba resepi ini untuk berbuka puasa..

Dr Fouziah Mohd

ooopsss..jangan lupa langkah ke 3
Kemas dapur.... 
.
.
dan...
.
.
langkah ke 4
jom solat maghrib dan berjemaah tarawih sempena bulan Ramadhan ini.


Tiada ulasan: