Bulan Ramadhan ni hati mudah tersentuh, buka sensitif tak tentu. Cuba lihat foto yang saya ambil daripada Harian Metro semalam
Beri masa untuk membuat analisis. Renung..... apa pendapat anda?
Usah tanya soal makan dan minum mereka.
Mengapa mereka memilih untuk tinggal di situ?
Apa nasib si anak yang berada di atas ribaan ibu?
Apakah pekerjaan mereka?
Siapa yang akan membimbing mereka ke jalan yang diredhai Nya.
selepas tu baca kisahnya DI SINI
SAYA TERSENTAK BILA PERISTIWA INI BERLAKU DALAM NEGARA KITA YANG AMAN DAN MAKMUR.
DI MANA PINCANGNYA MASYARAKAT KITA?
di mana sikap peduli kita semua?
Saya pernah terbaca satu kisah yang seumpama dengan kisah ini tetapi tindakan keluarga tersebut mungkin lebih baik. Mereka berteduh di sebuah masjid. Maka AJK masjid pun memberilah ruang stor untuk mereka tinggal dan pada masa yang sama boleh menjaga dan mengemas kawasan masjid.
Keputusan di tangan kita semua dan jika perlu kitalah yang perlu menasihati mereka.
Mereka sebahagian daripada kita.
Terasa kaki ini untuk menziarahi mereka, semoga tercapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan