sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 7 Julai 2013

KAMBING PANGGANG TEMERLOH- Abang Spek

Kambing Panggang Abang Spek di Temerloh.
Semasa berada di Temerloh saya berpeluang merasa kambing panggang yang best. Dari Bandar Temerloh menghala ke Lebuhraya terdapat 2 penjual kamning panggang, namun saya hanya sempat ke tempat yang berhampiran dengan Taman Semantan sahaja. Satu lagi tempat, betul-betul sebelum masuk lebuhraya, yang masuk dalam berita TV tu.
tarikan utama, pastinya tergolek seekor kambing... dipanggang dengan bara api...
Dr Fouziah Mohd

Dr Fouziah Mohd
 Menurut penjual ni, namanya Ijam, berumur 27 tahun, beliau mencipta sendiri resipinya agar berbeza dengan kambing panggang yang lain. Ijam @ Abang Spek ni pernah bekerja di hotel terkenal di Labuan dan Kuala Lumpur katanya.  Turut membantu Ijam ialah bapa saudaranya. Inilah rupa Ijam..si Abang Spek tu.. Kenapa dia pakai spek?... entahlah... Indentiti Kot... Kambing Panggang Abang Spek. Kalau dia tak pakai spek... bagi aja kambing tu pakai spek..pun lawa jugak.

Dr Fouziah Mohd
 Harga kambing panggang ni, satu bekas polistrin, lebih kurang 1 cawan penuh RM 10.00. Kambing ni di steambath dulu kemudian barulah disapu rempah dan dipanggang. Bila pelanggan beli, isi kambing tu dipotong kecil-kecil dan dipanaskan di atas kuali burger.. cuba lihat tu..dan digaulkan dengan rempah-ratus..resepi rahsia tu. Saya agak dia campur..bawang merah..bawang putih..halia..kunyit..ketumbar..
Dr Fouziah Mohd

Memang berbaloi  dan sedap. Kalau dekat dengan rumah saya ni.. keraplah saya bertandang ke sana.
Dr Fouziah Mohd
Rasanya yang cukup... saya makan sambil memandu dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur... makan begitu sahaja. Selebihnya saya habiskan pada jam 11 malam, masih elok dan LEMBUT dan TIDAK BERLEMAK.  Hasrat hati nak ke Temerloh lagi, rugi jika tidak merasa kambing panggang yang berhampiran dengan tol lebuhraya tu. Lain kali saya nak beli tulang + isi kambing panggang...
TEMERLOH..tunggu kedatangan saya lagi. 
BILA? Moga dikurniakan Nya rezeki dan kesihatan. Aamiin.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...nak tanya ada contact no dia tak?


fouzie berkata...

saya tak ambil contact number dia. Maaf byk2. Mudah aja mencari tempatnya

Tanpa Nama berkata...

x silap 0139369325