ORANG YANG CEMERLANG... BILA STAPLE KERTAS PUN SUDAH MENYERLAH KECEMERLANGANNYA.
.............
Kenapa saya beria-ia membawa kisah yang dianggap sebagai kisah pinggiran oleh orang lain. Apalah sangat, staple kertas sahaja, bila sudah melekat dan sampai kepada penerima...OK... nak apa lagi.
.............
Bunga Raya Yang Saya Rakam di IAB, Genting Highlands |
Jika penerima itu sama dan sekufu dengan anda, langsung tidak menjadi "Kudis Gatal".
Jika penerima itu seorang yang kemas, teliti dalam melakukan kerja buat, pasti berbulu biji mata mereka.
Apa yang dilakukan menggambarkan perlakukan anda.
Melambangkan kesungguhan anda.
Melambangkan minat anda.
Melambangkan kecemerlangan anda.
Bila menerima kertas yang distaple dengan ala kadar, saya terbayang wajah mereka yang diupah/digaji untuk melakukannya... saya terbayang rauk wajah yang bengang, tak suka , menyampah, kena paksa, kerja sambil bersembang dll semasa melakukan kerja tersebut. Itulah bayangan yang ditunjukkan pada surat yang diterima.
Perkara yang hampir sama tetapi terlalu biasa ialah cara dan lokasi COP..samada cop jabatan, cop minit, cop pengesahan dan sebagainya. Bila menerima cop yang senget, kelabu dakwat, separuh sahaja yang tertera, kotor, tergugat sedikit kredibiliti penghantar/bos tersebut.

Sekecil-kecil perkara seperti staple kertas dan mengecop menggambarkan perkara yang besar dan setakat mana perlaksanaan tanggungjawab yang telah anda lakukan.
Imej yang dibawa bukan sahaja diri anda tetapi jabatan atau organisasi anda.
Itulah kenyataan.
tak perlu berdalih, hanya perlu berfikir seketika.
Semak balik kertas yang anda staple. Kertas yang anda cop.
Aspek penilaian amat luas dan penilai pun ramai.
Aspek penilaian amat luas dan penilai pun ramai.
Biarkan penilaian yang diberi oleh penilai itu tepat.
Tanggungjawab sebagai pekerja ialah menjaga amanah yang diberi.
Jaga segenap sudut dan sempadan kerja agar CEMERLANG dan pastinya kecemerlangan itu tidak akan dipertikaikan oleh orang lain.
Betulkan yang biasa
dan
Biasakan yang betul
*** Saya menerima surat daripada jabatan dlm organisasi saya pada pagi semalam...14 Ramadhan ...23 Julai 2013. Untuk membaca surat di muka surat 2, terpaksa buka dawai staple yang pertama, untuk membaca muka surat 3, terpaksa buka dawai staple yang ke 2.
Permudahkan urusan orang lain, In shaa Allah, Allah swt akan permudahkan urusan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan