sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 7 Julai 2013

LOBAK MASAK LEMAK

Rupa sama dengan lobak merah tetapi berlainan warna...  lobak merah kaya dengan vitamin C... KHASIAT LOBAK PUTIH...? Berpandukan percakapan dengan suami ( ..yang suka lobak putih..), lobak bagus untuk mereka yang menghadapi masalah batu karang dan buah pinggang. Daripada pembacaan, antara khasiat lain ialah:
1. Mengubati bisul- pupur isi lobak + cuka
2. Melecur- letak isi lobak yg diparut/ kisar
3. Asma- minum jus lobak + halia yg direbus +madu semasa nak minum
4. Batuk- rebus + oren
5. radang paru-paru
6. Menambahkan susu bagi ibu yang menyusu
7. selsema
8. Kembung
9. Darah tinggi
10.Rendahkan kolestrol
11. Lawaskan sistem pencernaan 
12. Turunkan paras gula
13. Gout
waahhhh...banyaknya senarai yang menyebabkan saya tidak menolak daripada memakan lobak putih.  Arwah emak saya dulu dia ada masakkan tumis air (....ini istilah Orang Terengganu... sama macam sup...atau masak bening). Kalau di kedai mamak.. lobak putih digoreng dengan kunyit.
Anak-anak kurang gemar akan baunya tetapi lobak putih yang ditanam di Cameron Highlands tidak lagi mempunyai bau yang...semacam.... kalau lobak kampung ada bau yang agak kuat... susah nak terangkan bau macam mana... kena beli dan hidu sendiri... itulah bau lobak... Hari kali ini (bukan hari ni...dah berminggu-minggu entri tertangguh ini ditulis)masakan simple orang Pantai Timur iaitu  Lobak Putih Masak lemak.
Dr Fouziah Mohd

2 ekor ikan kembong
1 batang lobak putih ( besar)
2 mangkuk santan pekat
6 ulas bawang merah
1/2 batang lobak merah.
2 biji cili hidup
1 cawan air/santan cair
garam
 - Rebus atau panggang ikan
- Asingkan isinya dan tumbuk sehingga hampir hancur.
- potong lobak merah dan lobak putih dan masukkan kedalam periuk dengan secawan air/santan cair.
Bilakan sekitar 10 minit ( saya suka lobak yang lembut, jika tak suka, hanya perlu celur seketika sahaja)
-Masukkan isi ikan tumbuk, bawang merah mayang, santan pekat.
Jika perlu kuah yang banyak, tambahkan air mengikut keperluan.
- masukkan cili potong dan garam.
-Apa lagi...ambil mangkuk.. hidangkan.
-

Tiada ulasan: