BAZAR dan RAMADHAN adalah Nama yang cukup sinonim. Terlalu banyak keistimewaan sehingga ramai yang tertunggu-tunggu. Bagi golongan peniaga inilah masanya untuk mengaut keuntungan besar. Saya pernah berbual dengan seorang peniaga, dia hanya berniaga di bulan puasa sahaja dan 11 bulan yang lain berehat. Katanya lagi, sorang jirannya yang bekerja kerajaan akan mengambil cuti tanpa gaji jika cuti tak banyak semata-mata untuk berniaga.Saya terbayang keuntungan yang diperolehinya. Daripada perspektif pembeli, inilah tempatnya nak cari atau makan apa sahaja, semuanya ada. Maklumlah dah berpuasa seharian, apa salahnya memenuhi kehendak sesekala, bukan selalu pun... sebulan sahaja dalam setahun.
Saya pula... Kenapa setalah 16 hari berpuasa baru tulis tips ini.. sebab baru semalam saya ke bazar Ramadhan. Saya meninjau apa yang ada dan patut dibeli, hasilnya hanya kuih yang pelik atau jarang dijumpai sahaja yang dibeli. Saya membeli asam gumpal dan akok. Kos RM5. Kedekut? Ya, saya perlu kedekut dan berkira untuk diri saya dan keluarga saya sebab yang penat bekerja ialah saya. Jika anak-anak sakit disebabkan makanan di bazar, siapa yang susah... saya dan keluarga saya juga... Ubah pemikiran kita semua dan tingkatkan kesedaran tanggungjawab ke atas diri sendiri dan keluarga. Saya perturunkan beberapa petua atau tips membeli di bazar Ramadhan.
1- bersih- fizikal -melibatkan rupa paras, bukan cantik tetapi bersih. Penjual memakai pakaian yang bersih,perhatikan hujung lengan baju penjual..adakah tercelup ke dalam bekas makanan. Sebagai pembeli, usah tetarik dengan matlamat anda untuk mendapatkan makanan itu sahaja, jeling-jelinglah meja dan pengalas meja, bekas ,makanan, senduk, plastik dll. Beli
di gerai yang mana pejualnya memakai apron, tutup rambut, bersarung
tangan atau menggunakan penyepit sahaja. Saya pernah perhatikan terdapat penjual yang memakai cincin...
kotor dan menjadi tempat pembiakan kuman. Tapi jika si lelaki memakai
gelang...lagilah perlu dielakkan. Boikot mereka daripada menerima wang
anda.
2- orang Islam- sedia dan jual (di Cameron Highlands- pemilik dan penyedia orang bukan Islam tetapi mereka mengupah pekerja luar yang beragama Islam yang menggoreng dan menjual makanan).
3-tutup aurat- Makanan ni nak diberi kepada darah daging kita, pastikan yang betul-betul baik penyediaannya, penyedia dan pekerja menutup aurat, bukannya tarikan kepada seksi, baju atau seluar yang sendat. Terdapat pekerja di bazar yang memakai seluar tiga suku atau legging. Rambut diwarnakan... rambut terurai ayu... ada yang berpakaian seolah-olah berada di kelab malam. Bandingkan jika anda sendiri sediakan, lebih bersih dan anda menutup aurat. Masakan di rumah siap dibersihkan, dilalukan air, berzikir semasa memasak...fikir-fikirkan.( memasak adalah ibadah...)
3-makanan berkhasiat- macam-macam makanan ditawarkan, saya melihat seolah-olah masyarakat kemaruk untuk berbelanja pada bulan ramadhan. Kalau saya katakan, jika kotak dipotong dan dicelup dengan tepung, lalu digoreng... mungkin menjadi tumpuan ramai kot..sekadar berjenaka. Apa yang pasti makanan berminyak dan segera dihidangkan kepada pengunjung dangan pameran yang betul-betul menggoda. Usah tertipu dengan burger, sosej, fishball dan seangkatan dengannya. Perhatikan minyak di dalam kuali mereka seperti minyak hitam kenderaan. Ada yang direbus, dipanggang, disapu madu, diwarnakan merah semata-mata untuk mengelirukan pembeli. Godaan air juga tidak kurang hebatnya, air berkabonat yang pastinya memudaratkan peminum, air buah yang ditambah pewarna dan air berperisa tiruan. Ais yang dikendali dengan tidak baik dan air yang tidak laku akan dijual semula bagi mengelakkan kerugian. Sesetengah peniaga menggunakan gula tiruan atau sakarin bagi menjimatkan kos. Bagaimana? Sedarkah anda. Bukan sahaja kandungan gula yang tinggi tetapi risiko mudarat juga tinggi.
4-murah- Mana nak dapat makanan yang murah di bazaar ni?. Kalau tinggal di Utara tanah air mungkin masih boleh menikmati makanan yang murah. Kalau di negeri saya ni, agak sukar. Bandingkan harga yang ditawarkan dan cari yang paling murah dan berbaloi. Jika tidak, apa salahnya anda bandingkan jika anda membeli bahan mentah dan masakkannya sendiri. Pasti menang memasak terutama keluarga yang besar macam saya (6 orang sekeluarga). Jika masa dijadikan alasan... kenapa ada masa untuk menjelajah bazaar ramadhan? Jika tidak sempat makan sewaktu berbuka, boleh didahulukan solat dan makan selepas solat Maghrib. Anda menang.
5- Keadaan makanan- lama, baru, - perlu ada kemahiran dan penggunaan kesemua deria yang ada--- dah jadi macam penyiasat. Kalau boleh belilah makanan yang disediakan secara panas disitu bagi mengelakkan keraguan. Periksa samada kuah sudah berubah samada berbau atau berlendir. Ingat apa yang saya nyatakan terdahulu, ramai penjual yang menjual semula makanan yang tidak dihabiskan sebelumnya.
6-percakapan yang tertib- saya sendiri akan mengelakkan membeli apa sahaja dan tidak terbatas pada bulan Ramadhan di gerai yang pemiliknya tertib dan baik. Jika mereka terlalu bercakap banyak banyaklah cerita tentang kelebihan makanan mereka berbanding dengan gerai lain. Air liur pun banyaklah gugur.
7-Suasana yang sesuai- jika hari hujan- perhatikan air yang menitik daripada hujung kanopi yg terkena makanan. Pernah melihat rambut pekerja yang basah terkena hujan itu menitik ke dalam makanan. Di tempat saya ni memang tak kalah dengan habuk yang berterbangan. Jika makanan tidak bertutup, maka adalah lebihan perisa tambahan yang dimakan.
8- pengendali bukannya kanak-kanak bawah umur- saya semenjak kecil algi telah didedahkan dengan dunia perniagaan (tetapi saya tak minat berniaga) dan terlibat dalam urusan jual-beli makanan dan runcit. Situasi yang perlu dielakkan ialah jika kanak-kanak yang membungkus makanan- bukan semua kanak-kanak tidak menjaga kebersihan tetapi perlu diingat, pemikiran kanak-kanak berbeza dengan kita yang dah tua/dewasa ni. Jika kanak-kanak tu batuk atau selsema...lagilah kena beringat.
9- cara kendali- Perhatikan bagaimana penjual mengendalikan wang daripada pelanggan. Tangan bekas wang digunakan utk memegang makanan. Satu lagi perkara yang agak biasa ialah tangan penjual yang memegang telur yang tidak dibasuh terlebih dahulu, selepas itu menebar roti canai untuk anda, pada bulan puasa ni martabak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan