sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 14 Julai 2013

Yong tau fo

Bila makan yong tau fo, paling penting ialah SOS nya. Kalau sos kurang sedap....maka tak seleralah. Saya dah cuba acap kali dalam menyediakan sos. Seringkas-ringkasnya ialah dengan mencampur sos tiram + sos cili + sos ikan, masak sehingga mendidih, kalau suka manis tambah sedikit gula. Tapi kali ni agak sukar sedikit tapi yang penting sedap. Hidangan kami semasa berbuka puasa.  Apa-apa pun perut anak-anak dan suami nak juga nasi, layan aja lah.... penuh meja dengan lauk nasi dan kuah tom yam, yong tau fu dan tambahan ada mee kuning serta kue teow untuk dimakan bersama kuah tom yam.
Sos Yong Tau Fu
1 1/2 cawan gula melaka yang diracik
2 cawan cili kering potong
3 sudu besar taucu kisar/halus
4 sudu besar belacan
1 senduk kacang tanah yang telah digoreng
4 sudu kicap manis
400 ml air
1 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar minyak bijan
1/4 cawan minyak masak
Kangkung celur
Bijan goreng
Dr Fouziah Mohd
Panaskan minyak dan goreng cili kering sehingga keperangan dan garing.
Kisar cili kering + kacang tanah + belacan dengan 400ml air
Masukkan ke dalam periuk bahan kisar tadi + taucu dan kicap
Bancuh tepung jagung dengan 1 cawan air dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan minyak bekas mengoreng cili tadi
kacau sehingga masak dan berkilat
Masukkan minyak bijan.
*** Jika terlalu pekat boleh ditambahkan air.  Sos ini enak dimakan jika agak pekat.
- Jika sukakan rasa manis boleh ditambah gula/ gula melaka
- pastikan agar rasa masin dikurangkan sebab dalam fish ball dll dan banyak garam.
- Hidangkan bersama kangkung celur.


Dr Fouziah Mohd



Tiada ulasan: