Balik solat tarawih, anak saya minta nak makan lagi mee racun... memang beracunlah :)
Apa lagi..
"marilah sama-sama kita meracun selera keluarga".. AYAT YANG AGAK GANAS tapi mempunyai niat yang murni.
Bahan-bahannya:
1liter air
800g daging
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar cili boh
3 biji cili api
3 biji cili api
1 sudu besar halia
2 sudu besar lada sulah
1 sudu besar lada hitam- tumbuk halus
2 sudu besar lada sulah
1 sudu besar lada hitam- tumbuk halus
4 biji telur + 1 sb lada sulah
1 kiub pati ayam
4 sb udang kering
Garam
Gula
SawiMee kuning
-Pecahkan telur + garam+ lada sulah, pukul sedikit dan dadarkan- kemudian potong kasar-kasar.
- Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili api dan udang kering.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik minyak dan wangi.
- masukkan cili boh, sos cili, tomato puri, lada hitam, lada sulah.
- Masukkan daging dan masak seketika.
- Tambahkan 1 liter air dan renehkan daging sehingga lembut.
- Jangan lupa masukkan pati ayam, garam dan sedikit gula.
- Masukkan telur dadar potong tadi dan teruskan mereneh.
-Sementara itu bolehlah celur sawi dan mee- toskan.
Rasakan masakan agar garam sesuai dengan selera masing-masing ( ..sila kurangkan garam ya...tolonglah... )
Hidangkan kuah mee racun dengan penawar racun iaitu mee dan sawi celur, apa lagi... baca doa makan dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan