sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 22 Julai 2013

ONION RING

Bunyi krrrupppp...kruuuupp....krrrruuup.. memang menggoda selera. Masakan hari ni pun sama, saya boleh habiskan tanpa berdolak-dalih dengan seribu alasan untuk mengelakkan daripada makan gegelang bawang aka onion ring ni.  Saya suka sangat. Rugi kalau saya seorang aja yang mencuba. Lagi sedap bila dicicah dengan sos cili atau mayonis. Sekejap aja goreng dan lesap. Kalau bawang dalam masakan, mahunya dimakan... nasib bawang akan berada di atas meja... bakul sampah. 
3 Labu bawang besar Holland
1 biji telur
1/2 cwn tepung ayam goreng
1/4 cwn tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada sulah
1 cawan serbuk roti
1 sudu teh garam

air secukupnya ( ... saya lupa sukat....)

Potong bawang besar, basuh dan sejat
gaul rata secara kering tepung ayam goreng + tepung naik sendiri + tepung jagung+ serbuk cili + lada sulah+ garam
Masukkan telur dan air- dijadikan batter - macam nak goreng pisang.

Panaskan minyak penuh.
Celup bawang yang telah dipotong ke dalam batter dan masukkan ke dalam serbuk roti tadi, sehingga melitupi sepenuhnya bawang dan bahan saduran.
Goreng sehingga kekuningan dan garing.  
Dr Fouziah Mohd


Tiada ulasan: