sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 7 Julai 2013

How To Get A PhD

Keheningan malam bertukar menjadi sayu...sesayu-sayunya... Saya risau bila memikirkan nasib generasi akan datang jika anak saya mewakili keseluruhan remaja yang ada di seluruh Malaysia.'REMAJA YANG KURANG MEMBACA... MEMBACA BAHAN YANG TERLALU SANTAI... humor semata-mata... gosip... artis... bahan yang tidak mencabar minda untuk berfikir. Youtube hiburan menjadi kegilaan mata dan akal, artis Korea jadi ikutan dan lagu pop menjadi latar setiap perbuatan. Belum cerita lagi tentang computer games....
Soalan yang dilontarkan kepada saya: "Mama, kenapa mama masih membaca buku tu.. kan dah dapat PhD?"  (sambil merujuk kepada buku yang akan saya perkenalkan nanti)
Saya tersentak, saya terfikir...Adakah saya membaca untuk ijazah semata-mata? Sudah pasti jawapannya TIDAK. Persekitaran yang disediakan oleh saya seperti buku yang pelbagai jenis, rak buku, tempat membaca dan contoh realiti daripada saya masih tidak mampu mengubah tanggapannya.  Dia melihat BUKU= PEPERIKSAAN=LULUS = MERDEKA DARIPADA BUKU. Sedihnya......
Saya mengambil masa yang agak panjang untuk menerangkan kepadanya. Semoga ianya kekal dalam sanubari dia selamanya. Anak saya keluar daripada bilik saya dengan muka yang masam-masam-manis..(Muka menyesal bertanya... agaknya.. alamakk... silap laaaa tanya mama tadi... kan dah kena dengar khutbah...)
Berbalik kepada buku yang saya baca... saya telah berulang-ulang kali membaca  buku ini. Tidak kurang daripada 10 kali saya membacanya. Inilah buku yang saya maksudkan.
Dr Fouziah
Setiap kali memerlukan panduan atau pendapat saya utarakan kepada rakan atau mereka yang pakar, selepas itu saya merujuk pula kepada buku-buku untuk pengukuhannya. Buku ini sangat bermakna bukan sahaja kepada pelajar malah turut membincangkan peranan penyelia/supervisor bermula daripada sebelum mendaftarkan diri sehinggalah perancangan selepas bergraduasi. Turut dibincangkan pemilihan jantina supervisor yang kekadang saya anggap tidak penting tetapi ianya sangat mempengaruhi perjalanan pengajian. 
Salah satu penyakit ketika menyiapkan Phd ialah..was-was.. setiap hari terasa dan terfikir.. betul atau tidak apa yang aku buat ni??? Boleh atau tidak jika begini? Kekadang turut terfikir.... aku dah buat research selama bertahun-tahun.. RASA MACAM SILAPLAH.. ADA YANG TAK KENA NI... begitulah... selagi tidak menghadapi viva dan menghantar naskah berkulit keras.

Memahami nature pengajian PhD turut menjadi topik utama. Buku ini membincangkan sikap yang perlu ada bagi setiap pelajar. Cara menjaga hubungan dengan penyelia dan rakan sepengajian agar tak terputus hubungan.
Pastinya turut  dimuatkan tentang pengendalian kajian tetapi tidak secara terperinci.
Cara menetapkan matlamat sepanjang pengajian agar momentum kekal. Mematuhi 'deadline',pengurusan masa.
Pengendalian pengajian bagi pelajar sepenuh masa dan separuh masa.
Tips menghadapi peperikasaan lisan /viva turut dimuatkan.
Antara yang menarik dikongsi dalam buku ini ialah penekanan yang dibincangkan bukan sahaja bertumpu kepada pelajar sahaja.  Peranan institusi dalam menyediakan kemudahan turut dibincangkan agar memberi faedah kepada pelajar seperti kumpulan sokongan dan pemantauan kemajuan pengajian. 
Buku ini memberi makna yang tersendiri kepada saya terutamanya Chapter 8: How to manage your supervisor.    Apa jangkaan SV terhadap pelajar. SV memerlukan pelajar yang independent, menulis artikel, berjumpa dengan mereka, jujur dalam melapor dll... sebab bagi saya bila hubungan baik dengan SV terjalin, perjalanan anda akan mudah dalam pengajian PhD. 
Dapatkan buku ini dari perpustakaan terdekat. Kempen tanpa pendapatan di dunia, moga ada faedah di sana..paling tidak " Ya Allah.. selamatkan penulis ini di dunia dan di akhirat" :)

*** Terima kasih kepada SV saya PM Dr Ruhizan dan Prof Datin Dr Amla.

Tiada ulasan: