Sekejap sahaja masa berlalu, terasa baru beberapa bulan berpuasa, rupanya dah bertakup setahun. Bila difikir dan dikenang .. Apa yang sempat saya buat dalam masa setahun?
Hari ini 10 Ramadhan.seperti hari-hari yang berlalu, Alhamdulillah dikurniakan kekuatan untuk melakukan solat tarawih di Masjid UniSZA. Perbezaan agak ketara berlaku kali ini, bilangan jemaah agak cepat menyusut berbanding tahun-tahun lepas. Entah-entah esok saya pun menjadi sebahagian daripada meraka, mohon perlindungan daripada Nya. Husnu zhon.... mungkin mereka memilih untuk berjemaah bersama-sama keluarga atau ke surau dan masjid yang berhampiran. Tak kisahlah asalkan ibadah khusus bulan Ramadhan ini disempurnakan. Rebutlah OFFER dari Nya sebelum mengejar OFFER DARI PUSAT MEMBELI-BELAH... Hukum solat tarawih ni adalah sunat muakkad, sangat dituntut, lakukanlah di mana-mana sahaja secara sendirian atau jemaah. Bila berjemaah ni lagi bersemangat.
Banyak perubahan positif yang terkedepan dilakukan oleh Pengurusan Pusat Islam di UniSZA. Saya tertarik dengan pasukan sukarelawan yang diwujudkan. Bila kaki melangkah ke tangga, sapaan dan ucapan salam sudah cukup mengembirakan. 'Penyakit' meletakkan selipar/ kasut di atas tangga juga sudah tiada. Sukarelawan menegur dengan sopan. Hebatnya sukarekawan ni, bukan sahaja menjaga dan menegur tatsusila yang wajar dilakukan tetapi turut mengambil peranan menjaga anak kecil yang dibawa oleh jemaah. Sukarelawan menjadi babysitter. Mana nak cari? Saya tidak sempat meninjau ke tempat jagaan kanak-kanak, maklumlah anak dah besar. Apa yang dilakukan di sini sangat bagus dan membantu para jemaah untuk menjalani ibadah tanpa ada rasa gangguan atau risau.
Pasukan Keselamatan UniSZA juga membuat kami sekeluarga percaya untuk tinggalkan kereta, mereka bertugas sepanjang masa dengan rondaan dan kawalan trafik sebelum, semasa dan selepas solat tarawih. Syabas sekali lagi.
Para imam pula mempunyai kekuatan tersendiri, bacaan, suara dan tugas imam bertukar setiap malam.
Terasa amat sangat tarikan suara merdu dan yang paling penting adalah janji Allah swt seolah-olah memanggil saya untuk meneruskan solat berjemaah.
Moga kekal untuk bulan-bulan yang lain.
Selamat berpuasa dalam fasa ke dua Ramadhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan