Dalam akhbar semalam terpampang kisah sebuah bas yang mengelakkan daripada lori lalu terhumban ke dalam gaung pada pukul 4 pagi di Pulau Serai Terengganu. Allhamdulillah, semuanya selamat. Apa-apa pun pada awal pagi, jalan lengang, nak cepat sampai, berlumba-lumba menjadi kebiasaaan bagi pemandu. Belum masuk bab mengantuk lagi. Bulan puasa ni nak mengejar waktu sahur lagi. Inilah bas yang pernah saya naik. Semua kenderaan memecut pada waktu malam sehingga awal pagi. Ini kenyataan yang hanya dapat dilihat oleh mereka yang tidak tidur semasa perjalanan tersebut sahaja.
tidurlah wahai permaisuri.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan