sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 22 April 2012

Kisah Dalam Bas...Bahaya..

Kisah Dalam Bas (2)

Lamanya tak menjengah blog. Macam-macam menghimpit, menolak,mengganggu tapi arrrggggghhhh...ku gagah juga. Insya Allah... Bila kau fikirkan kau boleh..kau pasti boleh melakukan..jika kau fikirkan ragu-ragu..usahamu tak menentu...itu rangkap dalam lagu. Kisah saya nak share hari ni kisah pemandu bas yang memang boleh  dan hebat. Mungkin juga dalam kepala pemandu tu duk fikir dan bentuk keyakinan melalui lagu yang sama. Mungkin..
        Perjalanan saya pada malam tersebut dari Johor Bharu, lebih specifik.. dari Larkin ke Kuala Terengganu. Perut berkeroncong, lapar sangat maklumlah dah selesai kerja pada sayup hari. Berbekalkan roti dan air mineral, mampulah perut ni bertahan. Bekerja ni kalau main-main dan dan lepas tangan memang senang dan mudah. Kalau betul-betul nak bekerja buat seperti seorang pekerja yang betul-betul...tak ada ruang untuk seleweng.  Kisah pemandu ini pun sama, memang dia buat kerja-betul-betul, saya mencuri dengar perbualan pemandu 1 dan pemandu 2. Kisah pemandu 1 ni sangat menarik, kesungguhan dia bekerja memang saya tabik.  Dah seminggu memandu tanpa rest atau off...seminggu tu.... bukan empat hari.  Terfikir oleh saya tak penat ke? Kalau sayalah...2 hari ok lagi kott... Patutlah saya tak jadi pemandu..kalau tidak, mahunya penumpang tersadai di tepi jalan.." SILA TUNGGU, PEMANDU SEDANG TIDUR".Terdengar dihujung telinga, macam-macam air yang diminum..macam-macam ubat disapu ke mata...macam-macam makanan dikunyah untuk elak daripada mengantuk. Banyak pengalaman yang saya timba pada malam tu.
Perbualan rancak mereka mengganggu mata saya daripada lelap.  Baru nak lelap.. dah dengar gelak mereka berdua.  Apa lagi.. saya pun terus pasang telinga.   Lagu yang dipasang perlahan turut menghiburkan saya, kalau pasang kuat marahlah penumpang lain yang sedang melayan mimpi indah. Cepat juga perjalanan pada malam tu, dah nak sampai di Mersing.  Pemandu lebih berhati-hati sebab jalan agak sempit tapi kelajuan mungkin pada tahap 120km/j atau sedikit lebih. Perbualan pun dah kurang rancak.. bukan sebab kehabisan modal tapi mereka dah kepenatan .  Saya berdoa... senyaplah sikit encik berdua ni. saya mengantuklah....
Tiba-tiba pemandu 1 beritahu yang dia nak rehat (nak tukar pemandulah tu..). Bas akan berhentilah tu seketika. Bagus jugak kalau mengantuk lagi bahaya..dah lah 7 hari full swing bekerja. Ya Allah ya Tuhan... apa dah jadi.?????? Pemandu bertukar tempat duduk tanpa memberhentikan bas???? Yaaa....Betul...peristiwa itu berlaku di depan mata saya..kelajuan pada masa itu sekitar 80km/j..masih laju bas itu.  Nak meraung rasanya saya ketika itu.  Bayangkan kecekapan kedua-dua pemandu itu yang menggugat jantung saya. (MATIlah aku....bukan aku saja 38 orang yang lain...). Berjaya pemandu 2 mengambil alih tempat duduk pemandu 1. Kejayaan mereka itu diraikan dengan gelak tawa mereka. Geram dan menyampah bercampur baur.  Mereka terus gelak atas kepakaran mereka tadi. Tapi saya yang terkejut terus menjadikan mata tak boleh lelap sehinggalah sampai di Stesen Bas Kuala Terengganu.  Tak lalu nak tidur..tak rela nak tidur... tak mampu nak tidur... tak sanggup nak tidur bila memikirkan aksi mereka berdua. Saya akui kecekapan mereka tapi silap kenderaan dan masa. Kalau mereka berdua sahaja, suka hati merekalah. Tak terfikirkah mereka, amanah dalam tugas iaitu mereka membawa penumpang dengan selamat.  Allah masih nak selamatkan perjalanan kami pada masa itu..saya dah terbayang..pagi esok terpampang di dada akhbar..Sebuah bas terbabas dan semua penumpang cedera termasuklah penumpang tempat duduk hadapan (Sayalah tu ).  Pemandu???  mungkin cedera parahlah. Ngeri...sangat ngeri.. Alhamdulillah kami selamat, tapi meninggalkan kesan bila melalui dan naik bas ke destinasi yang sama.

p/s: Bukan semua perlakuan yang menyenangkan diri kita akan disenangi oleh orang lain.  Fikir dan nilai seketika segala perlakuan yang akan dilakukan... Amanah dalam segala pekerjaan menjamin rezeki yang halal.

Tiada ulasan: