sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 13 April 2012

ROS TAPAI SPECIAL DAN PENGAT UBI KAYU

JUS ROS TAPAI SPECIAL DAN PENGAT UBI KAYU

Hari Jumaat biasanya menjadi hari experiment bagi saya ..kadang-kadang..bermula dengan breakfast...lunch...tea time atau dinner sebagai masa untuk mencuba resepi yang baru atau yang berbeza. Hari Sabtu, biasanya tak sempat sebab macam-macam agenda menjahit dan menggosok, lipat pakaian... Pagi tadi breakfast dengan kuih dan terus memasak untuk lunch sebab nak menjenguk pokok-pokok bunga yang dah lama tak berbaja.. Selesai kerja kebun sekitar jam12 terus hidang ikan patin singgang pedas, goreng peria, ikan goreng, sambal belacan, ulam-ulam (putat, peria pantai, serai kayu, silom dan kemangi...lumayan dengan ulam hari ni...). Bila saya gemar memasak dan suami serta anak-anak memang kaki makan...memang berbaloi...hilang penat... Petang ni saya buatkan pengat ubi kayu versi baru.... dan jus ros tapai special...Nak cuba...Alhamdulillah nak jadi rezeki ramai.. adik ipar dan kakak ipar bertandang sebaik sahaja masakan ini siap..apa lagi... sama-sama merasalah. Jom semak resepi kejap..

JUS ROS TAPAI SPECIAL

4 kuntum bunga ros (Sy ambik semasa berkebun tadi)
15 biji tapai pulut- (beli di pasar tani semalam)
1 cawan susu  segar
4 sudu gula
 2 cawan ais 
3 cawan air
1 sudu sirap ros
Caranya:
leraikan kelopak ros dan bersihkan
masukkan ke dalam blender kesemua bahan-bahan tadi- tapai, kelopak ros, sirap ros,susu, air, gula(kacau dulu dgn sedikit air panas),ais
ais kalau nak blender sekaligus macam saya buat pun boleh..kalau  nak letak kemudian pun tak apa.
Blend hingga hancur.. hidangkan..pasti berbeza hari anda :)


PENGAT UBI KAYU

3 cawan ubi kayu yang telah diparut dan diperah sedikit patinya (ubi pun dari kebun sendiri)
1 cawan tepung pulut (melekatkann melembutkan sebab saya guna ubi kuning yg agak keras)
1 cawan pati santan
1 cawan gula melaka/ gula (mengikut manis yg kehendaki)
secubit garam
daun pandan

Caranya:
Panaskan air 6 cawan  hingga mengelegak- perlahankan api
sementara air mengelegak....Gaulkan ubi dan  tepung pulut .
Gentel / bulat2kan bancuhan tadi dan masukkan ke dalam air panas (kalau nak warnakan pun lagi cantik)
Buat hingga habis. Biarkan seketika (5 minit)
masukkan gula melaka/gula, daun pandan
masukkan pati santan dan garam
rasa biar sedap pada anda..pasti sedaplah orang lain makan..(hehehee...kalau kita sendiri  dah tak lalu nak telan..cepat2lah ubahsuai apa sahaja masakan kita tu....usah dihidangkan lagi.. biar puas hati....)

CUBALAH...........HARI INI JUGA.................




Tiada ulasan: