sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Rabu, 4 April 2012

POLITIK + PENDIDIKAN

Tajuk entri yang berat bagi yang tak suka luwes.  Saya dibesarkan dalam negara yang aman dan makmur.  Semua orang dalam dunia butuhkan keadaan sebegini. Kita semua. Anak-anak pun sama, dapat belajar dengan baik...pandai atau tidak bukan ukuran tetapi peluang ada untuk semua tak kisahlah pandai atau tidak. Entah-entah yang dianggap kurang pandai itu akan jadi ahli politik terkenal suatu masa nanti.  Jadi businessman yang mampu menyumbang kepada masyarakat. Jadi muaalim yang membimbing masyarakat.

Oklah..mentaliti masyarakat kampung (agaknya)... dia memang tak tahu apa- apa....tetapi hati orang kampung tulus....orang kampung sudah maju, orang kampung bijak. Usah lupa juga..orang kampung sibuk,  mereka bekerja untuk makan sehari, kerja guna tenaga tulang empat kerat, anak ramai. Untuk datang ke sesuatu majlis pendidikan anak seperti  tadi mereka keluar dari  rumah pada pukul 8.00 pagi - ayam belum diberi makan, kain belum dibasuh, sampah belum disapu, makan pagi belum dan kalau yang lelakinya.... minta kebenaran majikan atau tidak ke laut hari ini.  Ada yang menumpang jiran. Itulah pengorbanan mereka untuk anak mereka untuk pendidikan anak.


Nak dijadikan cerita...... tadi ada majlis pendidikan untuk  sekolah anak  saya. Perasminya ahli politik. Bila ahli politik bercakap tentang kehendak dan kecemerlangan yang diingini dengan berapi-api, hingga menggigit bibir.... sedangkan bukti ketidakcemerlangan dilihat oleh ribuan penduduk kampung (nama aja penduduk kampung..tapi saya tinggal di kawasan yang ada 6 buah institusi pengajian tinggi).  Bila lewat sampai, bila cakap tak serupa bikin, bila sejarah yang digarap sebelum ini tidak seindah hari ini.  Tidaklah semudah ABC untuk membentuk keyakinan masyarakat kampung. Ahli politik tersebut tidak peka dan menganggap dan menjadikan pemberian hadiah kepada pelajar sebagai pengikat kaki ibu bapa untuk mendengar ceramahnya..... Kesian anak-anak yang memang tak kisah..SUCI... Ceramah selama 1 jam setengah lebih pasti membuat ibu bapa gelisah dan majlis penyampaian hadiah berlanjutan selama 2 jam lagi.  Jumlah 3jam setengah. Ahli politik dan ahli pendidikan perlu lebih peka untuk masa akan datang.  Tanpa alasan yang lojik ahli politik ingin berjumpa dan bersalam dengan semua ibu bapa  serta pelajar.  Saya sedar dan setuju pilihan raya dah hampir tapi carilah jalan yang lebih bijak sebab beratus-ratus pelajar sedang memerhatikan ahli politik.  Pelajar membentuk kefahaman bahawa inilah pendidikan. Bila ada politik.. pendidikan perlu diketepikan.
.
Saya nak kongsi satu kisah tentang orang politik  yang menggajikan orang pandai akademik sebagai pembantu-pembantunya. Orang yang bekerja dengan ahli politik perlu seiring, sama ceria, bijak dan praktikal bila berurusan dengan orang kampung sebab orang kampung adalah golongan yang praktikal.....
Bila ahli politik berkata saya ambil peduli tentang tuan puan/ adik kakak di depan saya... tetapi pekerja yang mengagihkan pemberian ahli politik itu hanya pandai akademik sahaja tidak memadai.  Begitu juga dengan ahli politik... mereka perlu menjadikan orang kampung merasa boleh diterima setelah dilayan dengan cara yang betul. Bila orang kampung dibiarkan beratur sepanjang-panjang barisan...lama...di tengah panas tanpa ada keCAKNAan.. pasti ahli politik itu FAIL.. lebih-lebih lagi pekerja kepada ahli politik yang tidak CAKNA juga... kesian ahli politik DUA KALI FAIL...GAGAL.... dalam bercakap tentang cakna tetapi melakukan sebaliknya. 

 Ahli politik sekarang perlu bijak dan bukan hanya menggajikan pembantu yang pandai akademik tetapi hati jauh daripada orang kampung....Haaaaa...ini pentingkan orang yang kurang pandai akademik tetapi praktikal... Kerja susah jadi senang :)

Rumusannya ialah: Ahli politik yang benar-benar bijak akan bijak dalam semua perkara..mempamerkan kebijakannya supaya segala perbuatan dan percakapannya selari bukan untuk dirinya sahaja tetapi melibatkan semua pekerja dibawahnya.

Tiada ulasan: