sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 29 April 2012

Sayur Pucuk Labu

Buah labu biasa dijumpai. ..sana sini ada dijual buah labu. Nama lain PUMPKIN.  Kebanyakannya  buah labu datang dari luar..Thailand. Entah-entah di kampung-kampung dah tak ditanam labu kot, atau tanam dalam jumlah yang sedikit untuk makan sendiri sahaja.:).  Saya sendiri  tak pernah tanam labu, apa yang saya tahu bila nak makan...boleh dibeli dengan mudah dan harga yang murah pulak tu. Kalau buah labu tempatan pun sukar dijumpai manatah lagi pucuk labu.  Kalu dulu-dulu, tepi telaga ada di tanam pokok labu, masa nak memasak akan dipetik pucuknya dan dicampur dengan pucuk-pucuk lain seperti pucuk keledek, kangkung dsb.

Bila terjumpa pucuk labu yang dijual oleh seorang mak cik di Pasar Chabang Tiga tadi terus saya beli. Saya terfikir jugak .. anak-anak saya nak makan atau tidak ni?.  Otak sebelah lagi berfikir.... kalau saya tak masak dan suruh mereka makan.. entah-entah tak pernah makan budak-budak ni. Paling penting saya dah lama tak makan.... Saya beli seikat sahaja RM2.. banyak jugak tu.  Cara anak-anak saya melihat pucuk labu ni seolah-olah mereka menjumpai anak kucing...dibelek, dipegang, dicium dan kesimpulan yang dibuat oleh Faiz. "Nak makan mcm mana ni mama, ada byk duri-duri ni". Faiz merujuk bulu-bulu halus sebagai duri. Mereka menunggu dengan setianya saya menyiang dan membuang 'duri-duri' tadi. Buah-buah labu yang kecil, semuanya dipungut, dibelah dan dikaji apa yang ada di dalamnya. Kemeriahan di dapur berterusan sehinggalah saya siap memasak SAYUR PUCUK UBI LABU. Nak belajar memasak? Sangat ringkas dan masakan ini enak dimakan bersama-sama sambal belacan dan ikan goreng.
Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk labu - disiang
1 ekor ikan kembung rebus- ditumbuk
1 biji ubi keledek- dikikis dan dipotong
3 cawan pati santan
2 cawan santan cair
1 biji cili hidup - dipotong kecil
6 ulas bawang merah- dimayang nipis-nipis
Garam secukupnya

Cara
Masukkan santan cair, ubi keledek, pucuk labu masak hingga ubi keledek lembut.
Masukkan santan pekat, garam, ikan dan bawang merah.
Masukkan cili, kacau dan biarkan mendidih.
Boleh dihidangkan.

* Anak-anak saya suka pucuk labu tetapi.. akhirnya.... ubi keledek tak ada yang sentuh. Semenjak dulu-dulu lagi  sayur pucuk ubi digandingankan dengan keledek. Kenapa ya? Apa yang pasti masakan ini berseri dgn kehadiran CIK KELEDEK tadi.

Tiada ulasan: