sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Sabtu, 28 April 2012

Pelik Tapi Benar



Dr Takeshi Yamada ni merupakan seorang penyelidik dari negara Jepun.  Beliau menemui 10 benda yang menakjubkan dunia sains dan dunia.Bila  bercakap mengenai jangkauan manusia memang terasa pelik. Di sebalik penemuan tersebut sebagai orang Islam ianya membuktikan kekuasaan Allah swt. Namun begitu, marilah sama-sama kita menghargai penemuan tersebut.

Belangkas yang biasa dilihat dan dimakan merupakan binatang yang mudah ditemui dan mempunyai tubuh badan yang agak pendek.Belangkas ini berbeza dengan yang biasa kita temui  kerana ianya mempunyai segmen tambahan di bahagain tubuh. Ianya dipercayai sama dengan yang hidup 400 milion tahun dahulu.  Penemuan ini menarik minat pengkaji untuk terus mengkaji ilmu yang ada di atas muka bumi ini.
Binatang apa ni.................? 
Ini juga salah satu penemuan Dr Takeshi.

Menakutkan. Monyet Drakula ni mempunyai ciri macam drakula.  Hisap darah daripada binatang lain..ngeri...Nasib baik monyet ni ada di Negara China sahaja. Monyet ini menggunakan tangan dlm kehidupan sehariannya. Tapi yang paling unik..monyet ni tidur dalam sarang  macam sarang burung. Hehehe.... Atas pokok buluh tepi rumah saya ada macam sarang burung...baik pergi check....Nauzubillah.


Yang ni satu lagi penemuan pelik oleh Dr Takeshi dalam tahun 2007. Siput gergasi ini di temui di laut dalam. Pelik kan..siput berkaki ni. Perubahan alam menjadikan kaki sebagai satu keperluan kepada siput ini. Tengok tu, siap berkuku lagi.



Ini pula namanya Blue Merman. Macam ikan tapi berkaki. Hidupan laut ni ditemui di Pulau Sado, Jepun. Ianya seperti spesis cicak, namun begitu berbahaya.  Walaupun rupanya sebegitu..pelik.. tapi apabila bertambah tua ianya menjadi seperti seekor katak. Saiz Merman ini 15 inci.





Ini pulak siput karnivor bersaiz 13 inci yang mempunyai senjata bhg belakang tu yg beracun.  Siput ini ditemui pada tahun 2007. Dr Takeshi ni mengkaji kehidupan laut  dan darat.



Dr Takeshi juga direkodkan sebagai saintis yang menemukan bayi yang mempunyai dua muka ini. Ianya amat menakjubkan. Sesungguhnya kuasa Allah, mengatasi segalanya. Kalau nak lihat sendiri, bolehlah ke Muzium Hospital Coney Island.



Semut yg mempunyai muka manusia ni pula ditemui oleh Dr Takeshi Yamada pada tahun 2004. Spesis ini banyak ditemui di India berbanding dgn negara2 lain. Orang2 di India percaya ianya adalah jelmaan muka pemerintah-pemerintah yang jahat .



Binatang ni dah pupus beberapa dekad yang lalu di St Helena.



Ikan duyung menjadi mitos dalam masyarakat kita. Tapi Dr Takeshi ini pula menemui mumia ikan duyung yang sebenar.. jadi bukan lagi mitos.. .. memang ada. Mumia ini itemui di Shikoku, Jepun. Bersaiz 6 kaki panjang.

Bila melihat dan menjumpai keajaiban, kesedaran dan keinsafan perlu wujud dalam diri setiap insan. Betapa ilmu yang ada dan dimiliki hanyalah setitis sahaja berbanding lautan  ilmu.  Itu pun kena kaji bertahun-tahun baru dapat diketahui jawapannya. Sesungguhnya Allah lah segalanya.

هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعاً ثم استوى إلى السماء فسواهن سبع سموات وهو بكل شيء عليم  ( البقرة : 29)
Maksudnya:   Dialah yang menjadikan segala yang di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikannya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”.
( al-Baqarah 2 : 29 )

Tiada ulasan: