Kisah 1( Pemandu A)
Dalam demam ada cerita... mungkin sebab musabab saya demam ni... ketahanan tubuh dah kurang berbanding tahun-tahun/ bulan-bulan yang lepas. Tapi, sakit tu menghapus dosa2.:) Kalau dulu naik bas 4 kali seminggu ... tubuh masih steady. Alhamdulillah tak demam atau sakit pun. Tapi minggu ni, sibuk taklah macam mana sangat dan travel ke Kelantan 3 hari sahaja. Demam bagai separuh jiwa pergi....... sehinggakan nak up date blog pun tak larat.
Mana kisah bas? Sekejap.... tarik nafas seketika... apa taknya...Bila saya disogokkan dengan cerita pemandu bas yang merogol.... cuai... laju...langgar peraturan jalan raya dan tak berhati perut. Saya terfikir.. BETUL KAH? kalau sekadar 1% tetapi label tersebut diletakkan seolah-olah 99% lain yang baik turut sama jadi tak baik. Tak adil. Kerjaya lain pun sama jugak.. ada kakitangan kerajaan, ada ustaz, imam, hakim dll yang buat hal.... SABAR...jangan GERAM dengan saya ( Ini bukan kes "Mentang-mentanglah dia seronok tidur dalam bas... mulalah puji melangit....".).
Tapi kalau cerita di TV tu.. kalau cerita baik memang kurang best. Kisah ni melibatkan pemandu sebuah bas. Malam tu saya naik bas dua tingkat... sampai di Hentian Putra, maka ramailah penumpang yang duk di tingkat atas turun ke bawah. 3 kali pemandu naik untuk pastikan tiada penumpang yang tertinggal, ada penumpang yang tidur dikejutkannya.. ok... biasalah tu..tugas dia.. tapi ada yang tanya sekali sahaja tau dan terus meninggalkan stesen dan hasilnya ada penumpang yang berhenti di tempat lain ( kisah terpinggir).
Maka, tak lama selepas itu...... datanglah seorang anak manis (sebaya anak saya...) menghampiri saya .
Anak manis:"Mak cik... bas ni melalui SERDANG tak?"
Saya:" Mak cik tak tahu.. cuba tanya driver."
Anak manis itu pun bertanya dan driver kata "Tak".
Anak manis: " Kalau gitu, saya nak berhenti dgn tempat yang paling hampir dengan SERDANG"
Sesi soal jawab berlangsung agak lama dan saya menjadi pemerhati dan pendengar yang setia. Akhirnya anak manis itu bersetuju untuk berhenti di sebuah stesen minyak.
Jam 4.00 pagi...... anak manis itu angkat beg dan betulkan rambut ikal mayangnya sambil mengesat hujung mata (check tahi mata...), Tetiba... pemandu dan pemandu ke 2 menghalang anak manis tu dari turun di situ. Apasal pulak ni..entah apa niat pemandu ni..(hati dah tertanya-tanya).
Pemandu: Awak nak turun di sini?
Anak manis: nanti kawan saya jemput
Pemandu: Apalah awak ni... awak tahu tak pukul berapa sekarang? Awak fikir tak keselamatan diri awak?
Anak Manis: tak apa..saya dah call kawan saya
Pemandu: Eeehhhh awak ni..... sebelum kawan awak datang.. orang lain yg akan heret awak dulu.. tahu tak? Saya tak nak ..esok baca surat khabar..gambar awak duk di depan sekali..hilang..kena culik..kena rogol... awak tak pernah dengar ke? Awak tak sayang diri awak ke?
Penumpang lelaki lain pun menyampuk..kalau orang macam awak ni... tak sampai 5 min kena heretlah ke mana-mana. Selesai. (Tengok tuuu...Pandangan ikhlas dari seorang lelaki yang bercakap tentang kaumnya yang ingkar...).
Saya pun menyampuk sedikit-sedikit dan memberi beberapa cadangan kepada anak manis tu. Diringkaskan cerita.. anak manis tu ikut saya dan berhenti di Kajang....makan dan tunggu kawan yang berjanji untuk menjemputnya... tapi tak muncul-muncul sehingga jam 7.30 pagi. Anak manis tu datang dari KT ke Serdang untuk jumpa Pak We... WHATTTTT.... pengorbanan atau korban atau mengorbankan atau terkorban... Kesian... pak we tak muncul2... akhirnya dia call kawan perempuan dia dan dia ambik teksi ke asrama kawan perempuan dia... Bila dah sampai anak manis tu sms saya (saya ambik nama dan nombor pendaftaran teksi tu...)
Cerita panjang di sebalik demam yang panjang... Sila jawab soalan berikut:
1. Apa yang akan jadi kalau pemandu itu tak halang anak manis itu?
2. Apakah kepentingan pemandu dalam peristiwa ini terhadap anak manis itu?
3.Perlukah anak manis itu memberi 100% kepercayaan kepada "pak we" yang tak sedar/ tak angkat phone call itu setelah berpuluh2 kali?
4.Kalu begitulah pemikiran pelajar universiti seperti anak manis itu, bagaimana dengan anak2 kita semua?
5.Adakah kasih sayang( kononnya..) melebihi keselamatan diri sendiri sedangkan hubungan itu HARAM.?
Bagi saya sikap pemandu itu sangat bertanggungjawab dan marilah kita berdoa agar pemandu itu dikurniakan Allah rezeki yang barokah.....amiin....
SESEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRINYA AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM PERKARA LAIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan