sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 19 Julai 2013

KEK COKLAT LELEH

Saya kurang suka baking. Tak tahu kenapa...mengapa. Tapi semenjak dua menjak ni, agak rajin sikit. Apa yang malang lagi bila dah buat kek, gambar kek ada tapi resepi entah ke mana. Kali ini saya search balik asal-usul resepi ni. Kek kali ini agak luar biasa sebab meleleh..apa yang meleleh?... toppingnya....topping ni resepi yang saya ubahsuai sendiri. Air liur pun meleleh jugak bila hias kek ni awal-awal tapi tak makan lagi.. maklumlah ibu... nak makan... tunggu anak-anak balik dan ada semuanya. Sambil menunggu tu...topping sama naik meleleh dengan air liur ni haa.....
Dr Fouziah Mohd
 Resepi ni saya ceduk daripada Jintanmanis
Adalah tokok-tambah tapi idea dari situlah. Tkasih JINTAMANIS.
Anak-anak dan suami suka sangat. Mari KITA KE DAPUR....
1 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bicabonat
- ayak agar teradun rata

2 sudu besar susu tepung
1 cawan gula pasir
1 sk esen vanila
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan air sejuk dari peti ais

1 sudu besar cuka

Masukkan susu tepung, esen, minyak masak dan air sejuk - kacau sebati dan masukkan bahan yang telah diayak.
Campurkan cuka- kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan ke dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu.
dan bakar selama 30 minit dengan suhu 160oC.


bahan topping
5 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan susu segar
2 sudu marjerin
1 cawan coklat masakan cincang

adunkan susu segar, susu pekat dan panaskan dengan kaedah double boiler
bila dah panas, masukkan coklat masakan
kacau sehingga larut dan sebati
masukkan marjerin dan kacau sehingga berkilat dan likat

Ni sepotong untuk anda
Dr Fouziah Mohd

2 ulasan:

sung niem berkata...

Kalau saya gantikan cuka dgn lemon boleh x?

fouzie berkata...

boleh guna lemon, tak ada masalah :)
masih menjadi kek tu