Bangunan yang pertama ni red in colour,cantik dengan garisan2 barcode.
Barcode Building di St Petersburg, Russia.
Bangunan ni pula berbentuk seperti dicekik ditengah2. Herot bangunan tu, penatlah engineer nak design structure bagi menepati kehendak arkitek. Reka bentuk oleh Szotynscy Zaleski, Bangunan berkeluasan 4,000 meter persegi ni terletak di Rezydent Shopping Center di Sopot, Poland.
Bangunan macam ni agak biasa di negara kita tetapi dalam saiz yang lebih kecil .. ada kan? ada yang berbentuk buah kelapa, nenas ( mcm rumah spongebob..)
Nama bangunan ni Sanrio strawberry house di Denenchofu, Tokyo (Japan).
Bangunan ni pula adalah catuan idea yang mantap daripada firma arkitek Coll-Barreu Arquitectos.
Nama bangunan ni Basque Health Department Building. terletak di Ensanche, New Town (Spain). Bangunan kemek-kemek yang terletak di persimpangan jalan ni memang menarik perhatian ramai disebabkan kedua-dua penjuru lain adalah bangunan biasa. Idea yang baik dan menjadi titik tumpuan orang ramai.
Gambar di atas ni pula..sekali pandang macam sebilah mata pisau.. Dua kali pandang macam kapal.. tiga kali pandang macam jongkang jongkit. Permukaan yang paling lebar bagi bangunan ni mengadap matahari, sesuai dengan bangunan Solar Ark. Terletak di Jepun dan dijanakan melalui tenaga solar. Panel solar memenuhi dinding bangunan ni.
Bangunan ni juga sangat cantik dan kreatif pada pandangan saya. Nama bangunan ni ialah Walt Disney Concert Hall, terletak di Los Angeles, California.
Bangunan ni dapat memuatkan 2,265 tempat duduk serta menjadi tempat bagi persembahan Los Angeles Philharmonic orchestra dan Los Angeles Master Chorale
Macam dah kena tsunami atau gempa bumi. Kali ini memang sahlah saya kalah teruk dalam idea kreatif berbanding dengan penciptanya iaitu Daniel Czapiewski. Kalau nak lihat rumah terbalik ni, bolehlah ke Szymbark di Poland.
Bangunan apa ni? Apa istimewanya? Tunggu bila malam menjelma...
Dari jauh bangunan ini kelihatan sangat biasa, tetapi setelah ditenung..ooooo...macam litar digital. Syarikat-syarikat elektronik yang nak bina bangunan bolehlah guna idea ini. Bangunan ini terletak di Beijing, China. Nama bangunan ni Olympic Technical Support Center yang dibina semperna Olimpik Beijing 2008.
Kalau diperhatikan konsep bangunan yang dia bawah ini lebih kurang dengan bangunan Tabung Haji di negara kita. Ramping bak pinggang kerengga.Nama bangunan ni ialah Dancing Building.
Direka oleh seorang arkitek Czech bernama Vlado Milunić dengan kerjasama arkitek Kanada Frank Gehry. Bangunan ini terletak di Prague, Republik Czech.Bangunan ini mendapat idea daripada pasangan yang sedang menari. Patutlah nampak satu bangunan tu pakai dress. Unik.
Inilah Cybertecture Egg Building..itu nama bangunan ni. Mula-mula saya ingatkan meriam yang bersedia meledakkan peluru ke angkasa. Bila malam lagilah menampakkan kecantikan bangunan ini yang disimbahi cahaya neon yang memukau. Ternganga mulut saya lihat bangunan ni.
Selepas ini harap-harap adalah bangunan sebegini di Malysia, atau lebih cantik. Idea bangunan ini datangnya daripada James Law yang membuatnya bagi pihak Vijay Associate. Lokasi bangunan ni di Mumbai, India. Bangunan ini siap sepenuhnya pada akhir 2010.
BANGUNAN PIANO. Ini bangunan yang paling SEDAP didengar.. bayangkan kalau piano itu berbunyi... gempak seluruh alam.Biola tu pula menjadikan bangunan ini sebagai bangunan yang harmoni dan paling saya sukai. Terletak di Daerah Anhui, China. Bahagian jernih pada biola tu menempatkan tangga bagi bangunan ini. Cantik, bukan?
Gambar-gambar yang di bawah ni adalah bangunan Ray and Maria Stata Center.
Ianya di reka oleh Pritzker Prize-winning architect Frank Gehry. Kreatif betul si Gehry ni... Bangunan ini menempatkan aktiviti akademik untuk Massachusetts Institute of Technology.
Bangunan ni pula bernama Sliding House.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan