sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 6 Mei 2012

Singgang Pedas Ikan Patin

Masakan kegemaran seluruh keluarga.  Bila sebut ikan patin, anak-anak akan bersedia lebih cepat di meja makan.  Saya pula biasanya akan masak nasi lebih daripada biasa.  Kalau diikutkan suami saya tak suka makan ikan pati, keli, haruan tapi semenjak kami kahwin... dah jadi kegemarnnya. Sekarang, tak perlu minta dibelikan, kalau ke pasar pasti dibelinya. Pernah beberapa kali dibelinya ikan patin dan ikan keli yang belum disiang. Apalagi bersilatlah saya nak kerjakan ikan tu. Jadi saya dah siap berpesan, saya suka sangat masak ikan-ikan tu, tapi yang dah siap disiang lagi senang.. kalau tidak..... nasiblah si ikan tu terperap dalam besen besar untuk sehari dua :). 

Selain daripada masak tempoyak, ikan patin enak dipanggang dan yang menjadi kegemaran anak-anaksaya ialah SINGGANG PEDAS ala TERENGGANU. Hari ni saya nak kongsi resepi family saya ni, cukup mudah dan sihat sebab tanpa santan. Cara penyediaan yang cepat dan mempunyai rasa yang berbeza, berbaloi memasaknya sebab anak-anak saya sukakan kuah yang masam dan kombinasi ikan patin yang lemak.............. memang mantap. Anda akan memerlukan:-
1 ekor ikan patin yang sederhana
7 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
5 sudu besar cili giling
3 biji cili api
3 batang serai
4 keping asam gelugur (blh ditambah atau dikurangkan mengikut selera)
2 biji tomato
1 inci lengkuas
air 8 gelas (mengikut saiz ikan... atau kuantiti kuah yg dikehendaki)
daun kesum
garam.

Bersihkan ikan patin dan dibasuh dengan sedikit tepung gandum.
Tumbuk kunyit hidup dan cili api.
Potong lengkuas nipis-nipis, bawang putih dimayang halus,  serai diketuk, tomato dipotong empat,
Panaskan air- masukkan kunyit + cili api+cili giling+asam gelugur +bawang putih + garam- biarkan mengelagak dan sebati rempah ratus.
Masukkan daun kesum+serai + ikan- biarkan ikan masak tetapi usah terlalu lama sangat
Masukkan tomato- biarkan seketika
Rasa garam sekali lagi....
Kemudian....." Abang, makanan dah siap jom makan...)"

Tiada ulasan: