Banyak
ubi perkara ubi
Ubi
keledek ditanam orang
Banyak
budi perkara budi
Budi
baik dikenang orang
Ubi keledek di dalam dulang
di masak sira diagih jiran
budi baik orang sayang
lagak mesra, sayangi insan
HARI INI HARI UBI...
pantun ubi...
tanam ubi..
beli ubi....
makan ubi...
Bila perut lapar ni... dengar pantun pun rasa kenyang. Bukan kenyang TAPI perhatian terhadap makan dapat dikurangkan... Entri makan-makan kali nak nak kongsi resepi keledek yang biasanya dibuat keria, bubur, kuih kacau, cik mek molek, lepat, digoreng dan direbus.
Kali ni saya nak SIRA.... makanan ni saya makan di tempat kenduri, sedap... sesuai sebagai pencuci mulut. Ni bahan-bahannya:-
setengah kg ubi keledek
2 cwn gula pasir (blh kurangkan manis kalau tak suka..)
1 sudu besar kapur makan
5 kuntum bunga cengkih (kalau tak suka boleh dikurangkan)
daun pandan
1 sudu kecil garam
Langkah penyediaan
- kikis/ buang kulit ubi keledek dan potong agak tebal supaya tak hancur.
-Rendam dalam air yang dicampurkan kapur makan selama 30minit (kalau rendam lagi lama lagi keras sira keledek).
- Masakkan gula dengan 3 cawan air + bunga cengkih + garam dan daun pandan sehingga likat.
- Basuh ubi yang telah direndam, toskan dan masukkan ke dalam air gula tadi.
- Balik-balikkan perlahan-lahan sehingga ubi masak.
*Pelbagaikan cara memasak mampu menarik perhatian anak-anak untuk makan.. begitu juga cara menghidang agar sesuai dengan jiwa mereka. Rasa pun sama... anak-anak saya tak suka rasa cengkih, jadi saya letak 1 kuntum sahaja :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan