Cuti sekolah ni memang setiap hari paling kurang 3 kali memasak untuk keluarga. Bila ada anak-anak yang sedang membesar ni dan ada anak besar ni, kalah saya. Tapi... Bila saya sendiri suka memasak (walaupun tak sepandai mana) dan gembira bila ada yang makan..macam buku bertemu ruas.... ). Sedap atau tidak, biasanya habis masakan saya. Masakan petang ni macam biasa-biasa sahaja tetapi agak istimewa sebab ada nangka (nangka ni pemberian jiran yang merangkap kakak ipar..tq sooo much). Dalam kepala saya duk terfikir nak goreng nangka tu... tak pun masak cucur... lepat... last2.... kacang sudah menjadi bubur...
Ni bahan dan caranya:
2 cawan kacang hijau
2 cawan santan (nak guna susu cair pun boleh)
2 cawan isi nangka ( yang telah disiang- potong memanjang)
gula melaka (yang ni mesti ikut selera masing2 - saya guna 1 cawan penuh- kalau nak guna gula pun boleh)
1 biji telur
2 helai daun pandan
secubit garam
Basuh dan rebus kacang hijau hingga empuk
Masukkan gula melaka, isi nangka,daun pandan dan garam
Kemudian masukkan santan (kalau terlalu pekat boleh ditambah air panas ke dalam bubur tadi)
Rasakan manis- bila dah cukup....
Pecahkan telur- pukul sedikit dan masukkan ke dalam bubur tadi- kacau hingga rata.
Sesuai dihidangkan panas ataupun sejuk.
Saya hidangkan dalam pinggan mangkuk lama bunga ros hitam yang menawan.
** Resepi yang sangat mudah disediakan- boleh dikurangkan kandungan gula untuk kesihatan.. makan-makan juga.. eheemmm..jangan lupa bakar balik kalori yang berlebihan tu- saya baru terniat nak jogging-- > Tetiba dah nak hujan di luar tu... bakar esoklah kalori ni.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan