di gereja??? Gambar diperolehi daripada laman web Telegraph
Zara, 26 tahun berkahwin dengan Nick Rudd ( bukannya Nik Rudi....) Kedua-dua pasangan ialah peguam. Zara Shafuddin.... namanya membayangkan yang dia seorang Melayu dan keturunan Islam.
Tetapi majlis berlangsung di St James Church, Sydney, Australia. Bagaimana tu? Sebagai seorang peguam yang hebat dan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Zara pernah memenangi beberapa anugerah semasa belajar seperti anugerah kecemerlangan akademik untuk 5% pelajar terbaik di Universiti Griffith. Hebat tu. Banyak lagi anugerah yang diterima oleh Zara.. hebat-hebat semuanya.Kebanyakannya mewakili universiti ke peringkat antarabangsa Pendidikan awal Zara di Jerudong International School, Brunei. Semuanya hebat tetapi adakah pemikiran dan agamanya juga hebat? Semoga Zara dapat berfikir waras. Juga semoga anak-anak dan pelajar-pelajar kita di luar sana menjadikan ingatan dan sempadan.
Siapa Kevin Rudd?
Dia merupakan bekas perdana menteri Australia dan isterinya Therese Rein begitu berbangga dan gembira dengan perkahwinan anak sulung mereka. Perkahwinan yang dihadiri rakan terdekat dan kaum keluarga itu dihiasi indah dengan ros, lili dan stephanotis ( bawah ni imej stephanotis)...dengar pun dah macam meriah.
Bila orang macam Zara nikah dengan anak VVIP...pasti mendapat liputan hangat. Bagaimana dengan yang lain..bukan VVIP.. nauzubillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan