Setelah breakfast di hotel.. saya meneruskan perjalanan mengenali Bandung. Mata saya tak perlu meliar untuk mencari apa yang menarik..semua menarik untuk saya tumpukan mata. Di sini kambing di jual di tepi jalan. Praktikal kan? Susahnya nak snap pic bila dalam angkot. Separuh perjalanan saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki...
Sepanjang masa menapak saya temui warung bergerak di mana-mana, tak perlu habiskan masa ke restoran..semua datang di depan mata anda. Lontong kari pun ada...
Apa yang menarik.. peniaga ini punya moto "BERANI, KERJA JUJUR DAN SELALU BERSYUKUR", menarik kan?
Pisang pun ada di tepi jalan..cara pamer yang menarik
Cakue ni saya berani makan, sedap dan rangup.
Ni pula peniaga batagor, saya pun cuba juga. BATAGOR ni ialah tauhu goreng, dan yang ni digoreng dengan kulit wantan dan didalamnya ada isi ikan. Bila lihat ada orang muslim yang membelinya..saya pun nak cubalah.... Rangup dan dihidangkan bersama sos cili dan kicap. BATAGOR = Bakso Tahu Goreng, di Indonesia terkenal dengan singkatan (akronim).
bukan itu sahaja....kalau nak makan bubur ayam pun boleh
Ini deretan gerai bergerak yang berada di lokasi strategik di Kota Bandung. Bukan di sini sahaja..kebanyakan tempat..beginilah caranya.
Mata saya tertumpu kepada peti pos lama yang masih berfungsi...lihat tu...antik..
.
Perjalanan saya menyusuri jalan2 sudah agak jauh, saya meneruskan perjalanan untuk pulang dengan menaiki angkot. Mata masih tertumpu kepada cara mereka berjualan. Setiap ruang adalah tempat untuk mencari rezeki.... Majalah..penyapu....kulit kayu....tikar kulit kayu pun ada.. semuanya di Jalan Dr Curie
Perut pun dah berkeroncong macam lagu" KERONCONG UNTUK ANA'..saya pun berhenti KIRI....KIRI...
Akhirnya sampai di sebuah restoran yang agak special, Restoran GARUDA. restoran masakan minang. Layanan mesra serta diiringi alunan muzik lembut. Tetapi bila dah makan seorang diri..taklah terlalu banyak yang dipesan,.sekadar-kadar sahaja. Saya makan gulai nangka, sambal terung hijau, rendang ayam..memang sedap.
Jus avocado ---> jus alpokat..jus ni berharga RM1.60..di Msia menceceh RM6.
Alhamdulillah..kenyang perut suka hati.. dah penatlah..
saya nak berehat seketika, balik ke hotel dan solat.. petang nanti nak teruskan lagi perjalanan.
Perjalanan saya pada hari itu cukup bermakna..membuat saya berfikir
panjang..muhasabah diri, keluarga....
Dalam siri jelajah kota menghala balik ke hotel..saya
menemui seorang peniaga yang menjual tapai.. di atas beca..dalam jumlah
yang banyak..di bawah pokok.. setia menagih rezeki. Bakul kecil di
bahagian belakang tu untuk pembeli yang membeli dalam kuantiti yang
banyak.
Ini rupa tapai ubi kayu yang dijualnya..nampak macam manis, cuma saya menjaga "perut"..agar tak beronar......
Petang nanti nak jejalan lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan