sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Sabtu, 5 Mei 2012

Kota Bandung- Tabahnya Hidupmu


Saya jadi JUTAWAN..ini bukan jutawan Ali Cafe atau One in A Million.  Duit yang saya bawa menjadikan saya mewah dan kaya-raya....bermaksud... saya dah pernah bergelar jutawan...tapi sekarang dah KURANGWANG.  Wang RM 300 yang saya miliki melayakkan saya menjadi jutawan rupiah. Besarnya nilai duit kita. Saya mengambil masa untuk mengenali lagi Kota Bandung..menaiki ANGKOT.  Angkot ni van yang berfungsi sebagai bas/ teksi di Indonesia.  ANGKOT = ANGKUTAN KOTA. Tambang yang dikenakan hanya 60sen untuk semua perjalanan. Angkot sangat banyak dan mudah didapati, tanpa menunggu lama. Bila dah naik, bebas duduk di mana-mana dan semasa nak turun, jangan mencari loceng atau butang untuk ditekan...hanya laungkan KIRI..KIRI...KIRI...
Naik angkot ni yang bestnya bila berhenti di lampu isyarat.. akan ada Broery, wali band, ungu, peterpan, opick. dll menyanyi, bukan mereka tapi suara penyanyi jalanan tu memang mantap... mempunyai suara mirip artis-artis terkenal.
  
Yang ini muda sikit...Tapi suara lebih best yang tua tu..maklumlah OTAI...
  Berbekalkan gitar mereka mengiburkan penumpang dan akan ada yang menghulurkan seratus atau dua ratus.

Waduhhh. kot sempat juga ngomong sama penduduk asli Bandung. Semasa di dalam angkot, mata saya tak lepas daripada melihat kehidupan mereka.  Bila terlihat sesuatu yang menarik..saya pun minta berhenti..KIRI..
Lihat ni, masih ada peniaga yang menggunakan seluruh tenaga mengangkat barang jualan. suasana begini entah jumpa entah tidak di negara kita. Dia ni menjual 'baso tahu', dengan senang hati sudi 'difotoin'

Masih terdapat penduduk yang tidur di jalanan (di negara kita pun ada tapi bila siang hari mereka berkemas...). Mak cik tu menjual jamu. Patut dan selayaknya orang-orang Indonesia merantau ke seluruh dunia termasuklah Malaysia.  Kalau saya  berada di tempat mereka pun, saya sangat yakin akan berhijrah. Daripada perbualan dengan penduduk tempatan, Malaysia menjadi lubuk untuk kaya dan mewah.  Kita di sini sedar atau tidak yang negara kita ni seumpama menjadi gula..dihurungi semut.  Bayangkan nilai 30sen kita tu sangat bernilai bagi mereka.. anak-anak saya sendiri kalau dihulurkan duit 30 sen..maka terkebil-kebillah biji mata mereka.  Mereka tak tahu nak beli atau buat apa dengan nilaian itu. Paling tidak dimasukkan ke dalam tabung mereka, itu sahaja.mereka. peniaga berjualan dengan pelbagai gaya yang tak terfikir oleh saya... sambil menggalas makanan dan minuman ringan di atas jalan....dalam kesesakan.
Seorang lagi penjual baso yang menggalas dapurnya..gambaran antara dua darjat. Apa yang saya temui, di sini terdapat perbezaan ketara di antara golongan kaya dan miskin...kereta yang besar atau motosikal dan pejalan kaki.. Kereta untuk orang yang macam kita-kita ....macam kancil tu...tak ada.....
Kesusahan hidup bukan lagi agenda penting bagi mereka, tetapi ketabahan merekalah yang membezakan pendapatan akan akan diperolehi.

. Mereka berusaha tanpa jemu..siang atau malam... setiap detik..Menunggu dengan penuh sabar....
 Saya sempat merakam gaya seorang anak muda yang kepenatan bekerja..tertidur lena di atas seat motosikal..kesian...
 Patutlah bila datang ke negara kita..macam-macam benda baru yang di perkenalkan samada makanan atau cara hidup. Apa yang pasti mereka cukup kreatif... tunggu entri saya seterusnya....

Tiada ulasan: