sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Rabu, 21 Mac 2012

ALHAMDULILAH..TAHNIAH KEPADA SEMUA

ERTI KEJAYAAN
Kenapa tahniah kepada semua? Budak tu yang usaha.. dia dapat... dia bijak... dah wajar tahniah untuk dia.  Betul.  Di sebalik tahniah itu ramai yang tidah menerima sebarang ucapan. Di sebalik tahniah itu usah lupa kepada yang Esa, dari Nya datang segalanya. Bukan kerana tusyen, kem akademik, gifted,  bukan pandai seperti ayah dan ibunya. HAKIKATnya.. lebih ramai anak-anak kita yang tidak berjaya berbanding dengan mereka yang berjaya.

Kalau anak saya tak berjaya atau tidak mencapai target yang dia atau kita tetapkan( mengikut istilah kita-kita)  bagaimana? MALU.. nak tulis di Fb atau blog pun malu. Kenapa ya...???? Kenapa malu untuk menyatakan bahawa anak saya kurang cemerlang tetapi dia anak yang baik dan taat kepada Allah. Baik dengan ibu ayah dan keluarga.  Dia rajin, suka menolong, pemurah.. ketepikan label akademik mereka. Dia pandai bertukang, membaiki motorsikal, berkebun dll.  Mereka mempunyai kekuatan mental dalam menghadapai segala rintangan. Mereka telah berusaha dan akan meneruskan usaha mereka untuk menempah kejayaan selepas ini. 
JOM kita berubah..

Mereka perlukan anda sekarang. Cakap sesuatu dan buat sesuatu. Insya Allah dunia belum berakhir untuk dia mengejar kejayaan. Kesian kepada anak-anak kita yang tidak berjaya cemerlang dalam SPM..saya kata bukan tidak berjaya.. tetapi tidak cemerlang.  Sebab istilah kejayaan yang kita letakkan tidak sama. Ada yang meningkat berbanding dengan peperiksaan percubaan dahulu. Dah berjayalah tu. Saya terdetik untuk menulis situasi sebegini sebab saya pernah mengalaminya.  Saya mengalaminya semua keadaan untuk diri saya sendiri (Dulu..tahun 1986..), anak-anak dan anak2 saudara saya sendiri.  

Cemuhan, perli, pandangan yang semacam daripada ibu bapa dan sedara mara.  Ada yang membandingkan mereka dengan anak-anak yang lain, anak-anak jiran/ rakan. STOP it. Bila dunia memandang kejayaan akademik sebagai segalanya, kita hanya tahu menerimanya bulat-bulat.  Pelajar yang memilih untuk terus bekerja sebagai gagal.  Mereka yang berpencapaian rendah sebagai gagal dan mereka yang berjaya menempah tempat di universiti/ kolej disanjung berterusan.

Mereka boleh memilih untuk mencorak laluan hidup mereka dari mana-mana arah. PERCAYAlah. Saya selalu memberi andaian kepada anak-anak saya.  LALUAN untuk sampai sesuatu destinasi pelbagai. Kalau mahu ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu... boleh menaiki bas, kereta, kapal terbang, jalan kaki, basikal, kapal laut dll.  Jika mempunyai ketetapan yang jelas akan sampai ke destinasi.  Cepat atau lambat bergantung kepada speed dan persediaan anda.  Jika anda menaiki kereta tetapi kereta tersebut tidak benar-benar mantap,  masalah akan timbul.  Tetapi jika anda mengambil keputusan untuk berbasikal anda pasti lebih kuat dan tahan berbanding dengan orang lain. Jika anda lambat sampai hargailah pengalaman yang anda perolehi sepanjang kayuhan anda dan ilmu yang diperolehi di setiap hentian yang anda tempuhi.

Ambil tahu dan beri penerangan yang sepatutnya kepada mereka.  Peluang untuk mereka sangat banyak di luar sana.  Jika kita tidak mengetahuinya, bawalah anak-anak kepada orang yang lebih tahu, suruh mereka cari di internet, baca buku, berbincang dengan kawan-kawan.  Tindakan mereka selepas mendapat keputusan itu lebih penting, biar jelas dan terarah.

Berbalik kepada kisah kualiti kejayaan....Tadi saya berjumpa dengan pensyarah2 IPG dan sebahagiannya adalah bekas guru di sekolah seluruh Malaysia.  Saya sedih bila majoriti mereka menyatakan bahawa, kebanyakan murid mereka yang cemerlang tidak menyapa bekas guru mereka bila berjumpa di luar.  Sebaliknya murid yang nakal, tidak menonjol atau sederhanalah yang mula menghulur tangan dan menyapa.  Sebahagian hati saya terfikir, apa erti kejayaan kepada saya/ guru2. Saya gagal.
Jika  saya di tempat ibu bapa berkenaan, saya gagal  mencermerlangkan anak-anak saya.
Sekadar renungan dalam perjalanan.......

4 ulasan:

kpah k-poh Sharifahnor berkata...

maaf lewat berkunjung ke sini.... slmt berkenalan... apa kata kalau sediakan kotak chatbox supaya senang utk blogger lain meninggalkan jejak di sini...

Tanpa Nama berkata...

dah bertambah cantik daaa

fouzie berkata...

tkasih kpah k-poh
cdgn yg baik..willdo

fouzie berkata...

Tanpa Nama
akan improve slow2 :)