sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 18 Mac 2012

A DAY TRIP IN SINGAPORE

A DAY TRIP IN SINGAPORE (Part 1)

Riang hati ku tidak terkira.....Punya teman yang sanggup bersama...Seronoknya.... marilah jelajah bersama-sama saya.  Nama pun A DAY... kiranya sehari suntuklah di Kota Singa.  Setelah ke beberapa negara lain, akhirnya sampai juga di negara jiran kita tu.  Seingat saya semasa belajar di UTM Skudai dulu dah beberapa kali merancang untuk seberang tambak, tapi tak kesampaian. Macam-macam masalah. Apa taknya setiap kali ke Bandar Johor Baharu....pasti mata mencuri pandang ke seberang tambak. Akhirnya bila dah tamat belajar dan menetap di Pantai Timur ni, lagi jauh rasanya.  Bila dengar kawan-kawan bercerita yang mereka dah 5 kali, 3 kali dan ada yang tak terbilang kalinya ke Singapura, terdetik juga di hati, mesti banyak yang istimewa di sana. Saya terasa sedikit malu bila tak pernah sampai ke tempat yang sangat biasa bagi mereka. Saya hanya mampu senyum. Tak ada rezeki  saya.  

Dulu arwah ibu saya pernah bercerita, orang kampung saya ramai yang ke Singapura, beli kain ela, barang hiasan dan pinggan mangkuk untuk bisnes di Terengganu. Ada yang pergi ke sana setiap minggu, betul...setiap minggu.... Masa saya kecil dulu bila ada yang membeli baju dari Singapura, orang tu ada CLASS tersendiri.  Malah ramai orang kampung saya yang bekerja di Singapura. Semuanya agak mewah dan hidup senanglah.  Abang saya sendiri masa muda dulu pernah mencuba nasib mencari rezeki di sana tapi seingat saya tak lama terus balik ke kampung (zaman dolu-dolu laaa...masa tu saya di sekolah rendah akhir tahun 1970an). Mungkin abang saya tu tak tahan dengan menjadi pekerja kontrak bina bangunan, penat katanya.

Kali ni tercapai hasrat saya sebab ada adik-adik sama fakulti yang mengadakan trip sehari. 24 jam. Mula-mula takut-takut juga, starting yang tak baik, pemandu asal yang nak bawa kami terpaksa balik ke kampung kerana ayah meninggal (Takziah dan Al - Fatihah) perjalanan yang dirancang sepatutnya bermula jam 11.00 malam tertunda sehingga 1.00 pagi. Perjalanan yang diiringi hujan membuat mata berani nak lelap. Setelah berhenti rehat yang agak lama di Hentian Rehat Pagoh, perjalanan diteruskan dan selamat sampai di Singapura pada pukul 6.15 pagi.  Ya Allah.. cabaran lagi, GPS pulak rosak tetiba. Mulalah diri ni terfikir, perjalanan ni dapat restu penuh atau tidak dari Nya.  Entah-entah anak-anak di rumah sedih sebab tinggalkan mereka. Bila ada musibah baru ingat Tuhan yaaaa...ish..ish..ish... Cepat-cepat betulkan niat. Macam-macam bermain difikiran........ 

Suasana di luar sudah beransur cerah, berdebar sesangat rasa, terlepaslah waktu Subuh. Ya Allah ampunilah hambamu ini.  Apa yang dapat hanya enjoy2 aja tak?????.  Menyilaulah kami mencari masjid untuk solat Subuh.  Baru terasa betapa di tempat saya, negara  saya, negeri saya dan kampung saya mudah dan senang nak jumpa masjid atau surau.  Mungkin juga saya tak terperasan lokasi masjid. Mungkin juga masjid terletak agak jauh daripada jalan utama. Setelah penat meronda-ronda akhirnya sampailah di Masjid Sultan, Jalan Muscat, Kampung Glam.
  Masjid ini asalnya dibina oleh Sultan Hussain Shah daripada Johor. Alhamdulillah, dengan hujung-hujung waktu bergegas kami solat Subuh. Moga diampunkanNya.




Ini sekitar dalam Masjid Sultan tu. Masjid lama ini dibina dengan seni bina yang indah pada tahun 1924 dan siap pada tahun 1928. Reka bentuk masjid adalah idea Denis Santry dari firma arkitek Swan and Mclaren.



Ada kipas besar lagi tu.



Candelier klasik.  Cantik.


Setelah mandi-manda, saya sempat  meninjau kawasan persekitaran masjid yang berkonsepkan Indo-Arab tu. Lokasinya di tengah nadi kota yang menjadi penempatan orang Melayu.
  Kawasan masjid bersih. Memang bersih. Tandas tadi pun bersih. Ada burung merpati  menumpang cari rezeki.














    Di sekitar masjid ni banyak restoran Melayu. Budget travel macam ni, gembira jugak. Kami breakfast dalam kereta saja. Alhamdulilah, kenyang dengan roti dan air mineral...



Perjalanan diteruskan.... dengan duit yang ada di dalam purse SD 100.  nak beli apa ya......tunggu.....

Tiada ulasan: