Wahhh....keseronokan di USS masih terasa. Walaupun hujan mencurah-curah, saya masih teruja melihat sekitar USS sebelum melambaikan tangan tanda pepisahan. Saya meninggalkan USS pada pukul 4.30 petang. Menjelang petang pun masih hujan. Kalau di rumah ni, best tidur masa ni. Memandangkan gamitan SINGA seolah-olah melambai-lambai...apa lagi hujan-hujan pun saya redah untuk ke MERLION PARK. Kata kawan-kawan, ini tempat wajib kalau ke Singapura. Hujan masih renyai-renyai di luar.
Apa kaitan MERLION dan LION.. heran saya... merlion tu macam singa laut..body ikan dan rupa singa. Jom tengok rupanya...
Baru faham...rupanya ini adalah simbolik bagi gabungan di antara Lion dan Fish.... sebab asalnya Singapura adalah sebuah perkampungan nelayan iaitu Temasek. Simbol Merlion tu dicipta oleh Fraser Burnner dan diiktiraf pada tahun 1966. Cukup tinggi replika ni 8.6m dan saya perhatikan ada yang kecil di sekitarnya.
Semasa berada di Merlion Park, mata tak lepas pandang melihat SEBUAH KAPAL YANG BERLABUH ATAS 3 BUAH BANGUNAN..... Itulah Marina Bay. Hajat hati nak menjejaki juga ke sana, apakan daya kaki tak sampai. Memang unik dan cantik. Nampaknya kena datang lagilah ke Singapura.
Di seberang sana nampak banyak bangunan cantik berbentuk DOME... Esplanade...ini pusat aktiviti seni di Singapura.
Dah penat berjalan dan berhujan, hingga basah kuyup.. saya ke Masjid untuk Solat Zohor dan Asar. Masjid Abdul Ghafoor berada di tengah-tengah denyutan nadi kota berhampiran Jalan India.
Dah selesai..saya meneruskan dengan agenda yang lebih menarik. Sebelum tu, perut dah berbunyi macam-macam lagu dah.. keroncong, dangdut dan sesekali rock pun kedengaran. TIme to eat laaa..... restoran India Muslim ? Mamak menjadi tempat persinggahan.. Teh tarik satu...siap...
Saya makan nasi dan teh o air.. sehari tak makan nasi hari ni..apa lagi selera sungguh. Menyesal minta dikurangkan jumlah nasi tadi... menyesal....... Nasi ni lauk ayam goreng dan kacang panjang goreng. Murah aja kalau guna SGD .. SGD 4.50 = RM 11.20 laa... untuk nasi saja. Biasalah bila dah berjalan-jalan ni. Tapi sedap tau dan berbaloi.tempat yang dikatakan kedai makan biasa..bukan ada star pun.
What's next???? SHOPPING TIME.... Diantara tempat yang berada dalam kategori MESTI PERGI adalah kompleks perniagaan MUSTAFA. yaaa mustafa... ada 2 blok bangunan 4 tingkat yang menempatkan apa sahaja yang anda kehendaki..insya Allah ada.
ini supermarket 24 jam.... perfum yang murah berbanding di negara kita.. yang lain2 tu lebih mahal..tapi saya jumpa apa yang saya nak.. sempat juga beli barang-barang porselin, makanan dan pelita... (pelita hiasan). Tujuan travel ni bukan untuk shopping ..so... tak banyak yang dibeli..tapi akhirnya pergi cari money changer ..tukar duit lagi... kali ni lagi rugi.. dulu 2.5 sekarang ni 3.1.... tukar ajalah.. sikit2. :)
Dah selesai menyedekah duit kepada MUSTAFA, sekitar pukul 10.00 malam saya dan adik2 tu pun bertolak balik... pukul 3 sampai di Bangi. Esok.. back to normal.
Alhamdulilah selesai satu perjalanan yang padat dan menyeronokkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan