sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Sabtu, 24 Mac 2012

A DAY TRIP IN SINGAPORE (Part 2)

A DAY TRIP IN SINGAPORE (Part 2)

Sebelum datang ke sini saya sempat menukar serdak-serdak duit yang ada di dalam poket ke SGD.  Kesian saya tetiba menjadi miskin..... Saya hulur RM250 dapat SGD102.00. Ciputnya.. Inilah realiti nilai mata wang negara kita sekarang berbanding dengan negara jiran di selatan. Sedar sikit ya...saya insaf. Apa kita nak bangga sangat. Bagaimana tahap ekonomi negara kita hanya negara lain  yang tahu...Tapi money changer tu beri bukannya duit SGD tapi mata wang Brunei. Baru saya teringat memang betul Dollar Bunei dan Singapura tu sama nilai tukarannya. 

Mereka mengekalkan kesalingbolehtukaran sehingga kini. Masa tu jugak teringatkan beberapa keping not Brunei masih tersimpan rapi di dalam laci. TAPI di RUMAH. Adusss.... sabar ajalah. Yang penting berduit dan cukup.

Perjalanan diteruskan sekitar jam 8.00 pagi setelah tubuh badan selesa.  Hati kembali berbunga. Sepanjang perjalanan masing-masing melayan hati sambil mata meninjau mencari kelainan dan sesuatu yang menarik.  Berbanding dengan Kota Raya Kuala Lumpur, di sini tiada kesesakan lalulintas. Jalan yang besar dan selesa.  Deretan bangunan tinggi di cantikkan dengan pokok-pokok rimbun dan lanskap. Bangunan pun cantik jugak.  Saya kata cantik sebab kali pertama tengok, kalau Singaporean yg datang ke sini pun dia kata cantik jugak. Lumrahlah tu.

Perjalanan diteruskan melalui pelabuhan yang kelima tersibuk di dunia. Banyak betul kren dan kargo...entah apa di dalam. Kebanyakan produk eksport mereka diproses di Malaysia dan jual melalui sini...senang2... Kita apa dapat?
Perjalanan menuju ke Universal Studio Singapore. Buka jam 10 pagi. Masih awal lagi.. saya ambil peluang utk jln2 sekitar pintu masuk.  Tiket sudah dibeli secara online..berharga RM 175 termasuk Vourcher makanan (SGD 6), cenderahati (SGD 6) dan pertunjukan. Tarikan untuk kanak-kanak menjadi agenda utama USS, tapi sy org dewasa ni menumpang samalah....
Tengok ni... lolipop.... macam2 rupa dan warna
 









Replika pelbagai coklat

boleh cuba topi yg pelbagai.....





Ada Holywood 


kereta polis ...


Cab/taxi...
haaa...ini tempat yang paling mencabar tapi the BEST.. Ini pintu masuk untuk ke TRANSFORMER... kalau anak-anak saya ikut pasti teruja ni.. 
 
 
Saya biasa2 saja tapi tertanya2 juga kenapa ramai yang sanggup beratur panjang selama 1 jam...dengan penuh keluh kesah, terasa nak patah balik dan terus keluar... Sepanjang beratur hanya skrin ini saja yg kami tengok. 
 
Ada baby yg menangis..ada aunty dan uncle yg 60++, ada ibu mengandung... Apalah yang  diorang nak cari... Now our turn... rupanya nak lalui adventure sebagai penyelamat bumi..Pengalaman 4D...... Jgn lupa bersedia utk beratur panjang tapi berbaloi..walaupun tangan saya duk pegang tangan Su sahaja semasa adventure. Saya tahu saya banyak pejam mata. GERUN. Rasa macam betul2 kena serang dan menyerang....rasa memang REAL..Kepala dah rasa pening2 lalat...patutlah org yg ada penyakit dilarang masuk..Bila keluar rasa muda sikit..hehehe.
 
Next station sy ke Jurassic park.  Ini minat anak lelaki saya, Iz dan iwan. Kalau ada rezeki nak bawa mereka ke sini.... cantik dan menarik, Tapi terasa sangat dunia kanak2, sy nak main games pun tak terasa ingin...kalau minat boleh main tembak2 dan jelajah sungai utk tgk dino. Ada yang basah kuyup..tak sanggup saya...
semuanya berkonsepkan dunia dino...



Ni nachos and cheese yg saya beli di dalam Jurrasic Park. SGD 5.60 = RM14... 7 kali jeling aja ni...selesai....
Dah penat jejalan...saya rehat seketika di bangku bawah pokok2 besar....
Nanti Jumpa Lagi ya.....

Tiada ulasan: