sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 26 Mac 2012

HUTANG ooooooh HUTANG

Entri hari ni ringkas saja kot..  kalau dah berkursus namanya..siang malam dah penuh dengan aktiviti. Tapi rindu nak menulis. Sedikit pun dah ok.. macam orang yang sedang bercinta, rindu, jumpa sekejap pun tak apa.. tak boleh jumpa..dengar suara pun dah segar..kalau tak pun boleh tengok gambar dah ceria (eheeemmm. senyumlah tu.... kita kan ada pengalaman masing-masing).

Berbalik kepada fokus utama....Apalah cik kak ni, hutang bawa untung.  Hutang macam mana tu. Ada sesiapa yang nak berhutang dengan saya (Marilah.. untuk sikit2 tu ok lah ..ini adalah ajak2 ayam sahaja, sila abaikan).  Berbalik kepada kisah hutang tadi. Orang yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja yang boleh berhutang. Kenapa tak percaya?  Katakan, saya tidak mempunyai slip gaji dan jumlah gaji yang tidak mencukupi untuk membuat hutang dengan bank.  Boleh tak saya nak berhutang. Sedangkan pada masa yang sama saya sangat memerlukan wang untuk pelaburan saya. Contoh lain...katakan saya tidak mempunyai duit sedikit pun dan saya ke bank yang sama.. adakah saya akan diberi hutang? Pasti tidak...  Paling tidak jika saya mempunyai sebidang tanah dan saya boleh gadaikan, maka dapatlah saya berhutang.  Begitu juga jika saya mempunyai barang emas/ dinar emas, maka dengan mudah saya akan memperolehi tunai di pajak gadai Islam.  Konsep yang cukup mudah. Eviden untuk melayakkan saya berhutang perlu kukuh agar saya dapat membayar atau menebus kembali barangan emas saya itu. KECUALI saya berhutang dengan orang yang rapat dan mempercayai saya sepenuhnya seperti adik-beradik, ibu, ayah dan rakan baik. Saya berhutang sebab saya layak. Mudah kan? So, jangan malu jika anda berhutang. Tapi tak usah berbangga sangat (Riak,,,,) sebab berjimat adalah lebih baik. 

Saya boleh berhutang TETAPI ke mana nak dihalakan wang tersebut??..... itu persoalan utama saya. Hutang yang digalakkan adalah hutang yang membawa keuntungan. HUTANG BAWA UNTUNG. Bukan atas dasar memenuhi kehendak nafsu semata-mata.  Ada ker nak penuhi kehendak nafsu sahaja? Ada. Ada yang berhutang  dengan syarikat kewangan melalui KAD KREDIT untuk pembelian diluar jangkaan seperti pada saat tiada simpanan  tetapi perlu membeli sesuatu yang tidak perlu (setelah difikir....fikir...fikir 100 kali fikir..bukan keperluan utama..sekadar kehendak). Saya ada juga sekeping kad kredit yang saya gunakan hanya untuk membeli tiket flight dan buku secara online sahaja. Hutang yang merugikan adalah hutang bila membeli kenderaan yang mempunyai nilai susut yang tinggi dan hutang menggunakan kad kredit. So, elakkan berhutang untuk membeli kenderaan yang melebihi keperluan.

 Hutang yang dibuat itu akan membawa untung. Mana ada hutang bawa untung. Berhutanglah untuk membeli aset kekal seperti rumah dan tanah.  Insya Allah akan membawa keuntungan.  Pada usia sekarang jika saya berhutang untuk membeli 2 ekar tanah kebun getah, harga sekitar 200 ribu.  Tanah 1 ekar belah dipecahkan kepada  6 lot = 550++ meter persegi. Saya akan mendapat 12 lot.... Harga satu lot  60 ribu (jangkaan harga 3 tahun lagi..ini tanah getah, jadi harga agak rendah sekarang...). Jangkaan keuntungan yang bakal saya perolehi adalah 720 ribu. Setelah ditolak modal asal, keuntungan sebelum ditolak kos pengurusan ialah 520 ribu.... Jadi hutang membawa untung. Dah percaya?

Satu lagi kisah benar....Bayangkan jika saya berhutang pada 3 tahun yang lepas untuk membeli tanah di kawasan kampung saya, nilainya hanya Rm 30 ribu.  Tetapi pada bulan lepas tanah yang sama bernilai 65 ribu..... ya....dalam masa 3 tahun saya mendapat keuntungan 35 ribu,,, setahun 11.6 ribu.. sebulan hampir 1 ribu keuntungan. Tidakkah untung namanya. Begitu juga dengan pembelian rumah, tadi saya berbincang dengan kawan dari Kelantan yang sepatutnya menjadi jiran saya tetapi saya menolak pembelian rumah tersebut kerana nak menatap di Darul Iman.  Rumah itu mempunyai nilai semasa 200 ribu sedangkan semasa saya bersetuju untuk membelinya harganya 95 ribu... Dah memang tak ada rezeki saya. Betol saya rehdo, tetapi perancangan yang baik diperlukan supaya saya boleh berhutang dan hutang tersebut membawa untung. Jadi..bukan membuta-tuli..perlu ada sedikit study..check trend market akan datang  agar tidak tersilap langkah.

BIJAK-BIJAKLAH BERHUTANG........ jumpa lagi

ps: Tadi saya kata nak tulis ringkas,,, rupanya tersasul....

Tiada ulasan: