sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 19 Mac 2012

Masak Lemak Kulit Rambai/ Sayur Kulit Rambai

Hari ini ada resepi istimewa, jarang dijumpai, di restoran pun tak dihidangkan. Saya ke pasar jumaat(sebab hari jumaat aja ramai pengunjung) di kampung berhampiran atau dikenali sebagai Pasar Maras.Macam-macam ada di sana. Tinjau punya tinjau, akhirnya penuh kedua-dua belah tangan dengan barangan dapur dan sayur-sayur segar.  Antaranya buah rambai. Kenal tak? Kita yang dewasa sikit (eheem...bukan tua tau...) ni memang dah biasa tapi bagi anak-anak saya, mereka tak nak pandang pun buah rambai berbanding duku, langsat atau dokong. Suatu ketika dulu buah rambai ni berada dalam kategori buah yang murah dan tak bernilai sangat. Sekarang ni dijual dengan harga rm3 sekilo. 

Manislah buah rambai ni, biasanya yang selalu beli tu masam. Alhamdulilah.  Anak-anak saya hairan kenapa saya melarang mereka daripada membuang kulit rambai ke dalam tong sampah. Bakpe Mama?... haaaa.... mari sini nak cerita... Kulit ni boleh dibuat masakan dan kosmetik. Sambil makan sambil saya bercerita kisah rambai ini yang dipelbagaikan kegunaannya.


Bedak rambai saya tak tahu cara membuatnya. Jom buat sayur kulit rambai.

Bahan-bahan:

Kulit rambai-  semangkuk- wajib kalu tak tak jadi hehhee
kacang panjang -setengah mangkuk 
Kobis- setengah mangkuk (boleh ganti dengan apa2 sayur yg ada dlm peti ais, usah tunggu lama2 nanti rosaklah kulit rambai tu...)
santan pekat 1 mangkuk
santan cair 1 mangkuk
bawang besar 2 labu sedang
cili hidup 2 biji
sotong 1mangkuk @ bilis @ udang pun boleh jugak (guna bahan yg sudah ada dlm peti ais)
ikan panggang tawar/ rebus pun boleh jugak(nak masak usah fikir yang susah2 tapi utk kali ni saya guna bilis dan sotong saja)
garam- sesedap rasa(kurangkan.... fikirkan kesihatan sikit ya...)

Cara-Caranya:
siang sotong/bilis/udang/ikan
Panggang ikan (tanpa garam tau)
potong bawang, kacang, kobis,cili, kulit rambai
Rendam kulit rambai dan ramas-ramas dengan garam (kalau guna garam kasar lagi bagus- nak kurangkan masam)

celur kulit rambai dan kacang panjang dan toskan (Sepatutnya celur berasingan sebab kulit rambai ni lagi empuk lagi sedap dan perah kulit rambai tu biar rasa masam kurang dan lembut. Saya agak malas- jgn tiru saya..hasilnya kulit rambai kurang lembut) 



bila dah separuh masak letakkan kobis dan toskan (kobis nak lembutkan seketika sahaja)
Tumbuk ikan panggang.
masukkan kulit rambai + kacang+kobis+ bawang+santan cair+sotong+bilis/ikan tumbuk tadi.

kacau pelahan-lahan (sambil2 tu baca ayat Quran dan zikir supaya makanan jadi lebih sedap dan memasak jadi ibadah dan makanan jadi lambat basi)
masukkan santan pekat + cili + garam (kalau nampak kuah tu sedikit sangat- silalah tambah santan mengikut kehendak tukang masak-- polis tak saman)

biar mengelegak seketika
rasa garam biar sesuai
angkat dan hidangkan
Rasanya memang sedap, masam2, lemak2, masin2
Menambah selera makan saya (Ya Allah lupa , saya sedang diet)
Dimakan dengan ikan goreng dan sambal belacan lagi POWER...
Ini kategori: MESTI CUBA



2 ulasan:

Ufairah berkata...

Resepi ini sesuai utk hidangan berapa orang ?

fouzie berkata...

tqsm ufairah
boleh makan 6-8 orang
must try